Tentang kami

Tentang kami

Thursday, December 16, 2010

USS Trip... Last Trip for 2010














Pada 4 Dec hingga 6 Dec 2010 Ibu Dan Ayah telah membawa FnF bercuti ke Kota Singa yang tak pernah pun dijejaki sebelum nih... Teringin pergi bersama2 buk de, cik aya ngan cik endok kerana kemeriahan terasa bila kita pergi beramai2. FnF lah org yg sangat teruja kerana kak kauthar pun ada.

Perjalanan pertama, 11.30 malam 3 hb Dec 2010... Apabila FnF menahan mata kerana teruja pertama kali ingin menaiki keretapi Tanah Melayu. Tak boleh digambarkan dengan perasaan dan kata2 FnF memang sangat gembira. dalam hati ibu dan ayah
(rezeki FnF sbb ayah dan ibu belum merasakannya dari kecil.. hehe). Setibanya keretapi FnF terpegun kerana keretapi yang ditunggu2 pun sampai. Dalam keretapi kami disediakan seorang satu katil kerana ambil pakej dome... Pada mulanya FnF sukar untuk melelapkan mata tapi Fatih tak dapat menahan ngantuk dan jam 12 mlm tertido dgn sendirinya dan apabila jam menunjukkan jam 2 pagi baru lah Faris dapat tido .

Selama 3 hari di kota Singa banyak aktiviti yang FnF lakukan kerana mengikut jadual ibu dan ayah. Hari pertama, FnF pergi meninjau pusat perniagaan org2 melayu Singapura yang byk menjual brg2 hiasan, baju dan semuanya. Akan tetapi nilai wang nya begitu tinggi terpaksa menghadkan perbelanjaan kami.

Hari kedua FnF meneruskan penjelajahan ke Merlion Park, Bandar Singapura dan Komplek membeli belah yg terkenal seperti Orchard Road dan byk lagi. Tapi cuma yang mengagumkan sistem pengangkutan yang sangat baik di sana, dimana teksi disana tidak mengira jenis kereta tetapi caj adalah sama iaitu serendah 3 dolar i jam pertama, ini termasuk kereta Hyundai Sonata, Mercedes, Toyota camry dan tidak ketinggalan Toyota Wish dimana bos2 di malaysia shj selalu memandunya.

Hari Terakhir FnF adalah tempat menjadi tujuan utama orang datang ke Singapura iaitu Universal Studio Singapura. Pelbagai permainan yang terdapat di dalam USS dan sangat membimbangkan ibu dan ayah orang yang tersangat ramai dan ini membuatkan ibu menyewa stroller double untuk keselamatan FnF serta kak kauthar. Boleh dikatakan penat kalau kita jelajah seluruh USS nih tapi untuk FnF serta rombongan kami (Buk De, Pak De, Cik Aya, Cik Endok, ayah dan Ibu) tidak melepaskan semua aktiviti di dalam USS ini (maklumlah maher nak tiba ke kota singa ni lagi).

Sehinggakan jam menunjukkan 7 mlm dan pintu USS menghampiri penutupannya kami pun keluar untuk menuju ke stesen keretapi tanjung pagar dan meneruskan perjalanan pulang ke tanah air dengan kenangan masing2 yang sukar dilupakan.Akan tetapi tuntutan darinya kami tak lupakan kerana setelah menunaikan solat isyak kami mula masuk ke pintu belepas tepat jam 1015mlm untuk menaiki keretapi L3 no 7 & 9....

p/s: untuk pengunjung yang beragama islam boleh menunaikan solat di satu bilik yang disediakan DI DEPAN PINTU MASUK CUSTOMER SERVICES. Tuntutan tepat dilaksanakan walaupun dalam kegembiraan.
Aminn...

Rewang Cik Usu Kawen...



Setelah lama tak update Blog FnF ni rasa banyak yang telah dilalui sebelum nih. Dimulakan dengan akhir November lalu FnF cuti lama kerana majlis perkahwinan Cik Usu telah berlangsung. Seperti kenduri kawin kebiasaannya anak2 lah yang paling bising dengan membuat sepah dan sebagainya. Tapi dengan usaha pak long, pak ngah dan cik Faozan serta cik nuar segala usaha untuk membuatkan mereka tidak terlalu lincah telah berjaya...

Alhamdulillah, seawal pagi FnF memberi kerjasama yang baik dengan memakai sepersalinan baju melayu yg telah di buat oleh nenek unt cucu2nya iaitu serba hijau.. Nampak begitu cantik sekali anak2 ni di pagi 27hb November 2010 bergambar bersama di depan pelamin Cik Usu. Perjalanan majlis diteruskan dengan majlis pembukaan iaitu Majlis akad nikah seawal 9 pagi, akan tetapi salah faham komunikasi tok kadi terlewat datang kerana ingatkan bermula jam 10 pagi. Segala debaran selamat di lalui dengan sekali lafaz oleh pengantin lelaki akan tetapi saksi utama tidak berapa jelas dengan sebutan terpaksalah pengantin mengulangi sekali lagi lafaz nikah tadi.

Setelah sesi pagi selamat dilaksanakan bermulalah masing2 mengambil tempat untuk meneruskan usaha merewang. Setakat pagi FnF tidak membuat sebarang ragam yg membantutkan pergerakan ibu.. Pagi2 lagi tetamu dihidangkan lauk Pecal ( Lauk special yg dihidangkan semenjak mak Long kawin lagi) untuk para tetamu yg hadir.

Ahamdulillah sehingga petang para tetamu ramai yg hadir kerana majlis ini adalah majlis yg terakhir buat atuk dan nenek. Sampai sesi bergambar bersama ahli keluarga FnF telah menghampiri mata yg sgt mengantuk akan tetapi usaha ibu untuk memujuk FnF berjaya dengan jayanya. Fatih dengan kain kesayangan yang tak boleh lekang dari tangan...

Kami mendoakan Cik Usu dan Cik Yus berbahgia sehingga ke akhir hayat. Moga mereka mendapat keredhaan dari Allah dalam usaha mencari sinar berumahtangga. Aminn..

p/s: FnF menanti sepupu baru tahun depan tak pun adik baru... Amin

Sunday, November 7, 2010

Planetarium Negara......










3 Nov lalu FnF telah mengikuti lawatan ke planetarium negara yang di anjurkan oleh Tadika 3P. Segala persiapan yang rapi telah dibuat oleh semua tenaga pengajar yang sangat2 prihatin. Tak sangka Fatih yang baru berusia 3 tahun 7 bulan telah merasa pergi lawatan bersama kawan2 semua. Terima Kasih pada cikgu2 sekalian yang bersabar menjaga anak2 kecil ini.Yang tak tahannya ibu ngan ayah terpaksa membeli kasut FnF yang baru supaya tidak tercabut bila lawatan nanti.

Bermula pada pagi 3 Nov, ibu telah membuat persiapan awal pada malamnya dengan menyiapkan pakaian dan kasut yang akan dipakai oleh FnF kerana masing2 sangat teruja hendak menaiki bas sekolah. Tepat 6.30 pagi ibu dah terdengar suara Faris, rupa2nya dia dah pun bangun dulu sebelum ibu bangun.. hehehe memang kegembiraan tergambar di muka Faris. Tak payah disuruh mandi pun dia dah siap berpakaian sukan yang memang disuruh oleh cikgunya. Selepas solat subuh ibu pun terus menggoreng nugget dan kentang yang diminta oleh FnF untuk dibawa bekal.

Tepat jam 7.20 pagi masing2 bersedia untuk keluar rumah dan apabila pintu rumah terbuka fatih pun bertanya kepada ayah " ayah..ayah... bas kat mana ayah ".. hahaha mesti tak sabar dah fatih nak menaiki bas...
Bila tiba sahaja di tadika semua cikgu2 dan sebilangan ibu bapa yang lain telah berada di sana menghantar anak2 yang mengikuti lawatan. FnF tanpa berlengah terus bersalam dgn ibu dan ayah dan terus masuk ke dalam tadika. Sempat juga ibu berbual ngan cikgu2 dan minta ditengok2 kan Fatih terutamanya, dan cikgu memberi kata2 lega yang pihak tadika akan menjaga sebaik mungkin.

Dipendekkan cerita, pada petang untuk mengambil FnF dengan tersenyum dan ketawa, dan apalagi FnF menceritakan apa yang dilihatnya di Planetarium Negara. Terutama Fatih macammana reaksi muka yang bersungguh2 menerangkan pada ibu dan ayah. Melihat Planet dan sejak dari lawatan FnF tak sudah2 bercerita matahari,bulan,bintang,langit dan semua yang diciptakan oleh Allah katanya.Dan sedari hari itu, ibu ngan ayah bersedia untuk menjawab semua pertanyaan yang berkisarkan sain dan teknologi.

Thursday, October 21, 2010

Minggu Periksa Faris n Fatih....

18 - 21 Oktober 2010 telah pun berlalu, ini bermakna hari peperiksaan akhir tahun FnF telahhpun berakhir. Tak pasti bagaimana dan setakat mana pemahaman anak2ku ini menghadapi ujian di awal peningkatan usia. Terfikir bahawa sangatlah baik untuk anak2 mendapat pendedahan awal tentang bagaimana mengurus masa untuk bangun di awal pagi,mandi,bersiap dgn pakaian seragam sekolah dan seterusnya amalan tiap2 pagi di sekolah iaitu berikrar dan menyanyikan lagu sekolah. Alangkah beruntungnya anak2 sekarang kerana sewaktu kami kaum ibu bapa dulu2 6 tahun baru dihantar ke sekolah dan ada yang tidak dapat pergi ke sekolah, tahu2 dah diminta hafal sifir yang mengjangkau ke angka ratus.

Kagum sangat dengan usaha cikgu2 di tadika FnF yang tidak putus2 memberi semangat walaupun berdepan dengan banyak ragam anak2 sedari 3 tahun lagi... Banyak aktiviti yang dijalankan untuk menggalakkan anak2 lebih berkeyakinan dan didorong oleh para ibu bapa yang sama2 menghadirinya.

Pada 3 November 2010 ini Tadika 3P akan mengadakan lawatan ke Planetarium Negara bagi memberi kesedaran dan penekanan anak2 terhadap Bumi dan planet di muka bumi ini. Dalam waktu ini FnF lah yang sangat teruja kerana rombongan ke Planetarium akan di bawa menaiki bas beramai2 ke sana. Sepanjang minggu ini FnF asyik bertanya bila nak pergi rombongan. Yang merisaukan ibu adalah bila Fatih juga nak ikut, tapi bila cikgu dah beri sokongan supaya semua murid terlibat ibu pun rasa sedikit kelegaan. Moga Fatih tidak terikut2 kawan2 yang lebih besar ke tempat yang tidak pasti jalannya.

Harapan ibu dan ayah semoga FnF pelajari apa yang dilihatnya sepanjang perjalanan dan penerangan cikgu2 untuk mendapat ilmu tentang muka bumi yang diduduki ini. Semoga Rombongan Tadika 3P selamat pergi dan pulang dengan jayanya. Amin..

Wednesday, October 13, 2010

Setelah Sebulan Syawal....

Lama rasanya tak update blog nih kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Setelah sebulan umat islam menyambut Syawal yang mulia, kini kita menunggu ketibaan 10 Zulhijjah pula. Saat menanti hari yang mulia banyak tragedi2 yang sedih menimpa dan hari2 ada saja perkara2 yang cukup tragis dapat kita baca di dada2 akhbar. Semoga mereka ditempakan dikalangan org2 yang beriman disisinya.

Berbalik kepada tujuan blog nih di kemaskini adalah nak menyebut tentang Faris dan Fatih setelah sebulan menyambut Syawal. Nak dijadikan cerita pendek kerana tiap2 minggu ada jemputan rumah dan sekolah terbuka Faris melepaskan rasa yg terpendam dalam hati iaitu pada minggu ketiga bulan Syawal lalu pada pagi sabtu dia berkata
" Ibu, tak payahlah pergi lagi duduk rumah je lah kita penatlah asyik keluar je " hahaha tergelak ibu dan ayah mendengar sebab memang tiap2 minggu ada saja jemputan dari kawan2 ayah lah selalu menjemput sebab kwn2 ibu jauh2 semua..... Tapi kerana bayak sangat jemputan kami mengawal pemakanan sebab ditakuti terlebih sudah... hehe

Tidak lupa untuk Faris dan Fatih kerana saat ini penumpuan dirumah adalah lebih kepada mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan akhir tahun telah hampir tiba. Untuk Faris cuba dan terus buat yang terbaik dan jangan suka melawan cikgu kerana nanti dapat upah oleh ibu dan ayah di rumah.... (dah bagi amaran pada FnF kalau ibu tanya cikgu dia melawan, siap sedia dapat hadiah)....

Semoga kedua2 anak ibu menjadi anak yang soleh kelak... Aminn..
(Semalam sempat memetik bunga nak di beri pada Cikgu Hasnah, hehehe sian Cikgu lain kecik hati)....

Friday, September 17, 2010

8 Syawal 1431H.... Alhamdulillah....















Syukur ke hadrat Ilahi kerana terus memberi peluang dan kesempatan yang baik untuk menyambut Hari Raya dengan bersederhana tanpa ada kesulitan.

Tahun 2010 ni kami menyambut Hari Raya di kampung Perak yang saban tahun akan dipenuhi sanak saudara yang begitu ramai. Kami telah merancang lebih awal untuk pulang pada 8hb Sept 2010 selepas selesai urusan pekerjaan. Akan tetapi kerana satu tragedi berlaku terpaksa pulang lewat dan dalam kepenatan. Kami sampai pada pukul 3 pagi di kampung halaman di Perak. Kerana kepenatan terpaksa melepaskan waktu sahur kerana keletihan.

Suasana di Perak begitu meriah kerana tahun ini semua berkumpul dan masing2 sibuk menyiapkan persiapan memasak juadah Hari Raya.Faris dan Fatih paling gembira kerana sepupu2 semua berada di sana. Pagi2 lagi FnF dah bangun dan tak sempat mandi lagi dah terus lari berkejaran. Di Perak makanan paling utama adalah lulang iaitu kulit lembu di masak lemak dan seperti biasa lemang rendang yang pasti menyelerakan setiap Hari Raya yang tiba.

Setelah sebulan berpuasa, tiba lah Syawal dan pagi2 embah lanang dan wedok serta sedara lelaki telah pergi ke masjid, yang perempuan terpaksa menunggu di rumah kerana anak2 yang masih kecil. Lebih kurang pukul 10 pagi kami semua berkumpul mendengar tazkirah dari embah lanang untuk muhasabah diri seketika. Tahun ni masuk tahun ke 4 kami beraya di rumah Perak dan alhamdulillah semua masih dikurniakan kesihatan yang baik olehnya dan masing2 sedang menuju ke arah kehidupan yang lebih baik.Berkat doa kedua ibu bapa lah yang dapat memberi seribu makna yang tidak berbelah bagi. Terima Kasih Mae,Pae,Mak dan Abah. Segala pengorbanan kalian akan kami ingat dan kami simpan sebagai panduan untuk menuju ke arah yang lebih baik. Aminnn.

Setelah selesai bermaafan, kami pun memulakan perjalanan ke rumah saudara2 terdekat yang mana tiap2 tahun akan kami kunjungi bersama keluarga yang lain. Sehinggalah petang raya kedua kami bertolak pulang ke Batu Pahat.

Alhamdulillah segala urusan berjalan dengan baik. Terima Kasih padanya.

Saturday, August 14, 2010

Hari2 Berfikir Apa Menu Istimewa....

Menjadi seorang ibu ni kadang2 jadi buntu dalam bab2 nak masak, terutama di bulan puasa.Idea sentiasa kene update dan pendapat dari anak2 dan suami sangat2 dialukan. Hahaha... dalam pada duk fikir apa nak buat juadah berbuka, saya pun sambil mengemas rumah dan org rumah sedang menampal dinding dgn plaster kerana tahun ni kami berazam untuk mengecat rumah ni kerana berkemungkinan tahun depan kami akan meninggalkan tempat ini untuk berpindah ke tempat baru. Hehehe harapnya misi ini berjaya kerana cukup tahun ni bermakna telah 6 tahun 6 bulan kami tinggal di sini (satu jangka masa yang agak lama).

Dalam pada mencari idea ni, hero2 kecilku asyik dengan pensil warna yang baru ibu belikan dan yang bestnya sebanyak 20 muka surat gambar habis diwarna oleh Faris (nampaknya kene beli banyak buku mewarna). Tidak ketinggalan untuk membuat sepah memang perkara wajib dilakukan setiap hari diiringi suara ibu yang memberi amaran untuk dibersihkan semula... hehehe nasib mendengar kata....Pagi tadi hero2ku bersarapan nasi lauk lemak udang yang ibu masak malam tadi dan bila mana suapan pertama dimulakan Faris lalu dia berkata " eemmm sedapnya ibu masak " hehehe tergelak ibu. Terima kasih untuk FnF kerana memuji masakan ibu...(dalam proses nak ajak Faris mula berpuasa dan setakat ni dia baru boleh bangun makan sahur... hehehe).

Berbalik menu hari ini, aku rasa bila dah menulis ni tergerak dihati plak nak buat masakan western lah (sedap tengok Serina dalam JJCM tadi.. huhu).... beli daging di Jusco pastu bakar ngan black pepper je lah dalam lain2 kita goreng kentang dan buat kubis mayo.... Best gak nih..... Ok lah, idea dah datang dan rasanya nak sambung menyidai basuhan fasa kedua (harus berperingkat kerana tempat yg terhad).... Harap2nya idea terlaksana dengan jayanya. Amin..

Salam....

Sunday, August 8, 2010

Faris....Faris....Fatih....Fatih....

Seharian di rumah kebiasaan membuatkan perasaan tak keruan jadinya bagi faris & fatih kalau tak buat sepah. Mana tidaknya kalau ibu buat kiraan shift untuk mengemas rumah mungkin lebih dari 5x ganda kemasan hari biasa. Tapi untuk hari ini Faris dan Fatih lebih banyak mewarna dan melukis dalam buku catitan ibu yang tidak digunakan lagi. Hehehe mungkin baru nak menyerlahkan talent yang dahulunya belum diserlahkan. Fatih macam biasalah apa abang buat itulah akan diikutnya. Nak dijadikan cerita, Ketekunan Faris tadi menarik minat ibu untuk mengetahui apa yang di tulisnya di dalam buku itu.

Perlahan2 ibu melihat dan bila mana ibu tenung tiba2 Faris pun berkata " KLCC ni ibu "... hahahaha rupanya dia melukis KLCC kerana malam semalam baru saja ayah bawa pergi melihat KLCC dengan jarak yg dekat di waktu malam (sbb siang ayah keje seharian). Sewaktu di depan tasik KLCC Faris memang betul2 teruja dengan pertunjukan air panjut yang pelbagai. Rupa2nya ingatan sehingga ke hari ini diadaptasikan di dalam buku ibu itu.

Ketika di meja makan sewaktu ibu dan ayah pekena minuman panas Faris datang ke meja lalu berkata " ibu..ibu... kita pandai lukis sebab doktor dah cucuk ambil darah kita, kita diam je sbb tu kita pandai dah lukis "... kah3 sekali lagi Faris membuatkan ibu ngan ayah tergelak sekejap. Kisah minggu lepas Faris demam panas tahap 39.9'C dan pergi ke Az Zaharah kene masuk ubat bontot, dimandikan oleh nurse yg comei dan diambil darah untuk ujian samaada terkene penyakit yang sekarang sedang berleluasa (memang steady jek Faris tak nangis pun).

Bagi Fatih, hanya menyokong abang Farisnya melukis sahaja dan ada juga dia berkata
" eeemmm cantiknya aban lukis " haha lawak pun ada Fatih ni sebab banyak2 perkataan kalau ada huruf G belakang jadi tiada G.

Ketekunan Faris tadi membuatkan Ibu berjanji dengannya bahawa esok nak belikan satu set pensil warna untuk memberi sokongan supaya dia dapat meluangkan masa cuti dengan perkara berfaedah. Cuma jika ada sedikit pergaduhan di antara Faris dan Fatih harapnya mereka dapat berubah sedikit demi sedikit jika ayah dan ibu memberi sedikit amaran (hehe kene sekali).

Adios... Ich Liber Dich my sons FnF....

Saturday, August 7, 2010

Today Story.........

Pagi 07 Ogos 2010, memang dah plan awal dari semalam aku nak buat sarapan nasi lemak hari ini. Seawal 7 pagi aku terus memerah kelapa fresh untuk memasak nasi kerana yang segar lebih menimbulkan rasa aroma dari yang segera. Setelah siap memasukkan halia ke dalam periuk nasi untuk lebih wangian aku terus menekan suis rice cooker (hehe maklum lah sekarang semua pakai karen jek), aku terus mengupas bawang,lada halia untuk dibuat bahan sambalnya plak. Mak aku kata kalau sambal ni tak nak pedas kita kene garingkan lada sampai nampak kehitaman (aku memang tukang buat sambal dari zaman duk hostel dulu, dah mcm muka sambal pun ada... hehehe).

Lebih kurang 8.30 pagi sarapan sedia terhidang dengan kepanasannya yang masih terasa (huhu).Suamiku dan anak2ku terus menjamu dengan tekunnya. Yang bestnya hero2 kecilku yang susah nak makan berselera plak pagi ni menikmati nasi lemak ibunya.

Seperti biasalah kalau setiap kali aku masak pagi ke, tengahari ke, malam ke akan ku pastikan berapa markahkah yang aku akan dapat dari suami untuk aku mempertingkatkan lagi tahap kesedapan masakan aku (hehehe). Tergelak besar aku bila mana aku mendapat 10/10 dari ujian rasa dari hero utamaku. Hahahaha..... teringat plak markah periksa waktu sekolah dulu2...

Cerita tentang masakan plak, selama 6 tahun aku berkahwin ada beberapa menu yang aku pelajari dari ibu mertuaku iaitu Mee Ngopek (tertanya2 pula kenapa mee tu namanya ngopek). Mee Ngopek adalah bahawa jawa yang mana mee ini akan disediakan untuk orang kampung yang datang rewang jika ada kenduri kendarat di rumah (lebih kurang gitu lah agaknya), tapi bila dah selalu buat mmg tak dinafikan mmg kelazatan mempunyai ciri2 tersendiri (lebih kurang Mee Kuah di Johor). Dulu sewaktu aku sekolah menengah makcik kantin selalu buat dan memang lazat. Berbalik kepada menu yang aku pelajari tadi, satu lagi iaitu jangan lombok (kalau kat johor sambal goreng). Jangan lombok ni berwarna gelap sikitlah kerana tidak ada santan dan rasanya memang sedap manis,masin,masam mmg cukup rasa.Rencahnya lebih kepada babat lembu,kentang,soon dan tempe. Sesekali buat ada kelas juga (hahaha).

Bab2 kuih aku ni bukan tak pandai buat tapi cik las lebih sikit dari masakan berlauk. Apapun pendapat aku memasak ni ilmu yang paling mudah untuk difahami kerana kalau kita selalu mempraktikkan akan jadi satu lekatan di satu sudut dalam otak apa yg patut kita ambil bahan untuk menu yang kita nak masak, kerana dahulu aku bukan lah orang yang rajin masak, akan tetapi bila dah bergelar isteri dan ibu perasaan untuk mendalami bidang masakan agak terujalah juga untuk memberi kenikmatan dan kelazatan kpd suami dan anak2.

Syukran...
Alhamdulillah.

Baju Raya Dah siap........

Semalam 6 Ogos 2010, ibundaku menelefon sewaktu aku di pejabat sedang meneliti kerja-kerja yang tak habis-habis menanyakan khabar anakanda tercinta (hehehe),mak nak beritahu bahawasanya baju raya yang bru 2 minggu lepas aku beli dan ditempah di Batu Pahat sudah siap dibuat.Terkejut aku dengan kecekapan tukang jahit iaitu kak Ita kerana kebiasaannya di saat2 ini aku punya tempahan sebulan baru siap kerana dia pun sedia ada bertimbun2 baju yang patut disiapkan dahulu.HEhehehehe, terima kasih Kak Ita kerana prihatin terhadap tempahan yang sememangnya tiap2 tahun tak akan miss untuk membuat tempahan dengannya.

Dek kerana tahun ini giliran Raya akan berada di Perak, mak maklumkan 2 minggu sebelum raya kene siapkan dan kebiasaan seminggu sebelum raya aku akan pulang untuk bersama2 mak abah untuk berbuka puasa bersama. Terasa kehangatan raya dah ada plak bila mak bagi tahu tentang hal ni, padahal puasa pun tak lagi. Whatever, terima kasih pada Kak Ita kerana awal menyiapkan baju2 tu.

HUHU, apapun yang paling penting kita semua umat islam dapat menyambut bulan Ramadhan ini dengan besederhana kerana itu lebih elok dari kita berbelanja dengan boros...:)p

Friday, August 6, 2010

Tanggal 02 Ogos 2010......

Alhamdulillah, tarikh ini membawa seribu makna kepadaku kerana 31 tahun yang lalu aku dilahirkan. Bermakna tanggal 02 Ogos 2010 aku menyambut ulangtahun ke-31 tahun. Syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk aku meneruskan kehidupan bersama keluarga-keluarga tercinta.Masa terus berlalu, setiap kali aku mengambil anak2 pulang dari tadika teringat sewaktu aku mula2 bersekolah tadika islam di Jalan Jaafar Kg Peserai. Terdapat 2 guru yang mengajar kami iaitu Cikgu Zabedah dan Cikgu Amnah. Merekalah Cikgu yang mula2 kami kenali dengan hati budi yang baik,lemah lembut dan selalu memberi banyak galakan walaupun sewaktu itu kami baru nak mengenali ilmu2 asas. Waktu dulu walaupun cikgu hanya 2 orang dan anak didik 30 orang masih lagi boleh mengawal dek kerana zaman dulu anak didik takut akan cikgu dan hormat orang yang lebih tua dan tidak dinafikan ada segelintir anak2 didik yg kurang mendengar kata, akan tetapi mereka masih lagi mahu mendengar dan melakukan apa yang cikgu suruh.

Ada ketikanya segelintir ibu bapa terpaksa menunggu sehingga waktu tamat sekolah kerana anak2 yang baru masuk takut akan ketegasan cikgu. Pada waktu itu ibu2 tidak ramai yang bekerja kerana taraf hidup masih lagi rendah, gula pasir masih boleh didapati dengan harga 0.85/kg. Hehehe tergelak rasanya kalau mengenang zaman tu.... zaman hingusan. Aku bernasib baik kerana bapaku seorang guru dan waktu bekerja tidak memanjang sampai ke petang. Tepat pukul 12.30 tghari bapaku sudah pun menunggu di luar tadika, ketika itu aku bersekolah bersama sepupu dan adik lelakiku. Tadika aku terletak di tepi sungai dan yang sungguh menarik waktu rehat kami di beri makan makanan yang disediakan pihak tadika dan sempat bersantai sesekali bermain bersama rakan2 yang ada. Teringat rakan2 seperjuangan yang selalu bersama ketika di sana dan kalau tak silap beberapa nama yang saya masih ingat adalah sayang (rosma), ratna dewe, fizah rais, elmiza, baharudin,rozliana,yedah,maslina, lan (sepupuku), nuar (adikku) dan ramai lagi (tak ingat lah plak). Hahaha.... suatu kenangan yang sukar dilupakan apabila adikku terkencing sewaktu ujian amali sembahyang.... waktu itu nuar terpaksa dikeluarkan dari saf kerana tiada pakaian lain sehingga abah datang mengambil kami. Memang tak kering gusi kalau mengimbau kenangan zaman dulu2.

Zaman sekarang anak2 terpaksa tinggal di tadika sehinggalah ayah ibu pulang jam 6 ptg. Kadang2 kesian plak rasanya memikirkan anak2 terpaksa menjalani kehidupan seharian di tadika dimana keadaan itu adalah keadaan biasa di zaman ini dek kerana ibu ayah keluar mencari rezeki. Akan tetapi perasaan ni amatlah mendalam jika suatu hari ibu dapat menumpukan sepenuh masa pada keluarga jika diberikan rezeki yang lebih, AMIN..... hehehe semoga ayah dapat menghabiskan study dengan cemerlang (kami tetap memberi sokongan pada ayah untuk mengharungi apa jua rintangan).

Alhamdulillah sekali lagi aku dapat menikmati kehidupan kurniaan allah ini sehingga ke hari ini, Terima Kasih Ya Allah. Semoga kau memberi rahmat kepada hambamu ini.AMIN.

Sekian.
Syukran.

Monday, July 26, 2010

Faris Sakit Gigi Kembali........

Petang semalam sewaktu balik dari tadika Muhammad Faris Zaqwan menangis menahan sakit gigi yang amat. Sewaktu ambil dari tadika badan panas semacam, ingatkan demam biasa rupanya demam sakit gigi.. Apa lagi tiba di rumah menangis bagai di cubit2.. Gusi bengkak yang membuatkan kesakitan yang lagi terasa. Sewaktu menunggu ibu balik dari membeli ubat sakit gigi, ayah menyapu minyak cap kapak ke kawasan gigi yang sakit, 5 minit kemudian menampakkan kesannya apabila kesakitan yang amat tadi hilang sedikit demi sedikit... Selepas ayah nampak Faris dah berhenti menangis lantas menyuruhnya mandi untuk mengurangkan tekanan sakit tadi... hehehee ayah kesian pula melihat keadaan Faris tadi.

Nak dijadikan cerita selepas sahaja mandi ibu pun sampai dari membeli ubat sakit gigi dan kelakarnya Faris dan Fatih sedang menyanyikan lagu yang dipelajari oleh kawan Fatih namanya Sarah. Tapi yang pelik lagu yang bukan2 senang saja nak diingatnya...hehehe lawak pun ada lagu ni .. lebih dan kurang macam nih lah " den den den aladin, naik motor tak ada lesen nak kawin tak ada cincin, siapa yang nak jadi otromen".... aduhhhhhh tergamam gak lah ibu ngan ayah... saling berpandangan apabila lagu tu diulang2.... ingatkan lagu nasyid ke yg dipelajari di tadika... bila mana di tanya lagu apa tu, lantas faris menjawab... " tah tak tau, kawan adik ajar".... eeemmm dengan perlahan ibu pun kata " janganlah nyanyi lagi tak elok lah, nyanyi lah nasyid yang cikgu ajar".... hehehe pelik tapi benar bagaimana anak2berumur 3 tahun boleh menyanyikan lagu2 yang sebegitu.... bila didengar semula lirik nyanyian tadi semua kisah yang tak elok, ye lah naik motor tak ada lesen, nak kawin tak ada cincin..... hehehehehe sungguh mengelikan hati tapi dalam pada itu kita sebagai ibu bapa kenelah peka apa yang anak2 lakukan dan apa yang difikir kerana sedikit sebanyak pengaruh dari kecil lagi buruk kesannya dari orang dewasa kalau tidak di tanggani dari awal.

Semoga anak2 ibu menjadi anak yang soleh.... Amin.

Wednesday, July 7, 2010

Fatih Dalam Gundah Hari Ni......

Pagi ni macam biasa Faris bangun seawal 6.45 pagi dan terus menggeliat bagaikan sotong paul piala dunia ( dalam menggeliat ada goyangkan tangan... kah3 ), berjalan ke arah bilik air untuk mandi. Setelah siap berpakaian seragam school, adik masih lagi dalam situasi terbangak2 landing baik punya di atas tilam... Bila mana ayah pun siap untuk menghantar Fatih masih terdiam dan terbaring tak mahu mandi. Ayah pun tanya Fatih " Fatih... ayah nak pergi dah nih...nak pergi dgn ayah ke ibu.." Fatih pun menjawab " ibu "..... dalam hati ibu, ni mesti menangis punya ni.. Fatih mana boleh rengang dgn ayah... Ayah dan Abang pun beredar keluar rumah selepas bersalaman dgn ibu dan adik Fatih.

Selang 5 minit ibu pun suruh Fatih mandi dan bersiap dgn pakaian seragamnya.. Dan selepas mandi mood Fatih berubah tak mahu pakai baju. Ibu dah rasa akan terjadi juga mood dia nih. Lantas Fatih pun berkata kepada ibu " Ibu ayah mana"... aik hairan betul Fatih nih padahal dia dah bersalaman dgn ayah tadi, boleh dia tanya lagi. Disebabkan ibu tak nak marah2 lantas ibu pun menjawab " ayah dah pergi keje, tadi kan fatih salam ngan ayah".... memang sah akan berpanjangan lah nih kalau soalan tu yg kuar dari mulut MUHAMMAD FATIH ZIYAD...

Tak habis dgn soalan tadi Fatih terus menangis nak ayah jugak.... "ibu, ayah mana "... dengan pantas ibu terus mengambil telefon menekan nombor ayah dan terus bagi kepada Fatih... Ibu pun berlalu unt ke bilik air. Tak lama kemudian ibu keluar dari bilik air, tgk2 Fatih melalak dengan kuatnya... Keluar je bilik tgk telefon ibu dah terbarai, ni mesti di balingnya telefon ibu... rupa2nya marahkan ayah sbb bila dia tanya ayah kat mana, ayah jwb " ayah kat tempat keje lah"... yg bestnya sempat plak fatih balas " ayah busuk".. kah3.... marah punya pasal ayah di kata busuk...

Lastly, bila 8.30 pun Fatih masih bercelaru, ibu pun mendapat idea dgn mengajak Fatih membeli gula2 sugus (umpanan yg biasa berkesan). Dengan tiada alasan Fatih segera bangun dan keluar terus. Huh... berapa lama nak memujuk si Fatih buah hati ibu nih... tapi sebelum keluar tadi sempat dia kata " ibu busuk "... hehe kerana sebelum ibu ajak beli gula, ibu kata nak tinggalkan Fatih kat rumah sorang2. hehehe.... hai Fatih2... mengada2 makin menjadi2 bila baik dari demam...

Setibanya di tadika dalam keadaan steady jek dia terus turun dari kereta kerana nak cover air mata tadi yang bergelinangan..... Ibu meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan gelak sendiri kerana teringatkan semula apa telatah Fatih yang dah di buat tadi.....

Fatih....Fatih....

Sunday, June 27, 2010

Hari Minggu Di Sungai Congkak....



Hari minggu kali ini FnF di bawa ayah dan ibu ke Sungai Congkak kerana pada minggu ini masa ayah terluang dek tiada kelas yang perlu dihadiri. Semangat pagi sabtu di mulakan dengan kebangkitan awal Faris pada jam 6.30 pagi. Pesanan ibu amat2 berguna kerana malam tadi sebelum tido FnF dah pun menerima arahan dari ibu supaya bangun awal untuk cepat2 bergerak ke Air Terjun. Seperti yang dijangka setelah siap ibu membungkus semua persiapan termasuk sarapan pagi iaitu nasi lemak yang telah dimasak, kami pun bergerak jam 8.15 pagi terus menuju ke destinasi yang hendak di tuju.

Dengan perasaan yang berkobar2 untuk bermandi manda di air terjun dan tanpa bersarapan FnF terus menuju ke arah air yang sedang mengalir. Lalu ibu pun memanggil semula FnF untuk bersarapan dahulu.Selesai makan FnF pun turun bersama ayah untuk memulakan mandi manda. Tergelak juga lah ibu melihat telatah mereka bertiga, kerana kesejukan air sungai itu. Selama 2 jam berendam ibu melihat fatih dah terlalu kesejukan sampaikan badan menggigil menahannya.

Selang beberapa minit 3F naik ke atas untuk menyalin pakaian kerana tidak tahan dengan sejuk yang teramat. Sesudah semua menyalin pakaian ibu pun berkemas segala bekalan kerana ayah nak meneruskan perjalanan ke Putrajaya menyaksikan pertandingan kapal control, tapi hanya seketika sahaja kerana cuaca yang amat panas menghadkan kami untuk terus bersantai.

Setelah satu hari diisi dengan aktiviti riadah, kami pun pulang dengan keletihan. Tiba2 Faris pun bersuara " Ibu ayah nanti kita pergi lagi, best lah mandi"...haha ibu macam tak percaya bila mana faris dah mula menyukai air tak kira air kolam, sungai, laut dan tidak lupa bilik air di rumah nih... Insyaallah kalau dipanjangkan umur boleh kita pergi lagi. Aminnn...

Saturday, June 26, 2010

Bercuti Di Batu Pahat....















Lama rasanya tak update blog anak-anak dek kesibukan kerja yang tak pernah habis. Baru-baru ni ibu dan ayah mengambil cuti sempena cuti sekolah pertengahan tahun untuk menghabiskan masa bersama FnF balik ke kampung ibu di Batu Pahat setelah 3 bulan tidak pulang menziarahi nenek dan atuk.Kali ini kami pulang pada jumaat malam 11 June 2010 selepas habis kerja kerana keesokan harinya ada kenduri di rumah makcik ibu iaitu perkahwinan Ainuddin (anak bongsu). Sempat juga kami singgah ke melaka untuk makan malam menikmati ikan bakar di alai (port biasa), kerana tak sah kalau balik ke BP kalau tak jumpa ikan bakar dulu.... Mak Long dan Mak Ngah pun balik pada malam yg sama cuma kami tidak berkonvoi dan masing2 balik mengikut masa yang berlainan.

Tepat pukul 12 malam kami pun tiba di rumah atuk dan nenek dan seperti biasa mereka akan tetap menunggu kami walaupun jam telah memasuki 12 .30 mlm 12 June 2010. Masing2 belum tidur kerana perasaan yang sgt gembira semua keluarga berkumpul. Kepulangan kali ini kami dah ada bilik sendiri bila mana atuk telah mengubahsuai rumah untuk menambah lagi bilik bagi keselesaan anak2 dan cucu2. Tapi apakan daya mata ini dah tak larat untuk bertahan dan jam 1.30 pagi masing2 terus melelapkan mata menghilangkan penat dan keletihan yang teramat.

Keheningan pagi di sambut oleh kokokan ayam terasa sungguh terpesona kerana jarang kami menikmatinya di bandar yang besar. Cucu2 nenek dan atuk yang berjumlah 11 org semua ada dan tak dapat nak di kata bagaimana riuh rendahnya suasana bila mana semua berkumpul terutama FnF dengan abg amir,amar,Fais dan fikri. Kalau nak dikira dekat 10 kali kain alas meja atuk tercampak ke sana dan ke mari dan paling senang nak urus kain, bunga dan segala yg boleh rosak ibu terus simpan di atas almari. Pagi yang sungguh seronok bila bersarapan bersama ahli keluarga dan kali ini bila dikira semula ada 22 org yang berada di rumah nenek. Betapa ramainya sehingga cik usu lah org yang jadi warden di rumah kerana mengawasi tingkah laku anak2 sedara yg pelbagai.

Setelah 2 hari berada di rumah nenek dan segala aktiviti telah dilakukan ibu terfikir apa lagi aktiviti yang menarik boleh dilakukan, dan tergerak hati untuk membawa semua anak2 sedara ke Wet World Batu Pahat. Di situ lah tempat riadah yang lama tidak dikunjungi dan satu2nya tempat yg menarik untuk anak2 kecil. Perancangan rapi telah dilakukan bersama cik usu untuk membawa 18 org ke Wet World. Tak termasuk cik nuar dan atuk kerana ada kerja yang harus dilkakukan. Mak long dan Along Din telah pulang ke Putrajaya malam tadi kerana hari ini kerja mcm biasa. Kami pun pergi dengan 3 buah kereta. Tiba di sana pada jam 10.15 pagi dan mmg kebetulan dibuka pada pukul 10 pagi masing2 dengan perasaan teruja terus menyalin pakaian untuk berendam di air. Pesanan telah di beri kepada setiap anak2 sedara yang ada untuk berhati2 kerana dalam keseronokan kita harus beringat untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini berlaku.