Tentang kami

Tentang kami

Tuesday, October 30, 2012

Muhammad Faris Zaqwan, Muhammad Fatih Ziyad & Muhammad Farhad Zameer...

ANAK-ANAKKU SAYANG.....

My Small Heroes....

Muhammad Farhad Zameer.....

Faris... Fatih & Farhad my small hero....

Bismillah... Alhamdulillah... Pertama kali untuk tahun 2012 saya membuka semula blog yang telah lama tidak dicoretkan.... Alhamdulillah sekali lagi Allah memberi peluang kepada hamba Allah menikmati kehidupan dan kesejahteraan dalam apa jua yang dilakukan. Kini saya telah pun menambah hero seorang lagi yang semakin membesar. Alhamdulillah apa yang saya lalui tahun lepas dapat dinikmati sepenuhnya apabila Muhammad Farhad Zameer semakin membesar dan sihat seperti sediakala. Kalau teringatkan pengalaman yang lalu, saya sangat2 bersyukur dugaan yang Allah berikan memberi seribu makna dalam kehidupan kami sekeluarga. Segala doa dan harapan dapat di rasai sekarang. Faris telah pun memasuki tahun satu dan akan tamat pada 9 Nov ini. Sekejap masa itu berlalu dan Faris pun akan memasuki tahun dua tahun depan.Alhamdulillah dia melalui pengalaman bersekolah dengan senang dan tidak banyak kerenah. Sikit2 tu adalah tapi kalau mendengar pengalaman setengah2 ibu bapa anak yang masuk tahun satu begitu menduga dengan menangis dan byk kerenah. Sebagai abang sulong dia yang akan memikul tanggungjawab jika ibu dan ayah tiada. Moga Faris terus menjadi anak yang berguna pada ibu ayah dan negara. Tidak kurang Muhammad Fatih Ziyad yang telah memasuki tahun ketiga di Taska Pasti Putra Permai.... Sejak usia 3 tahun telah dimasukkan ke sekiolah adalah satu cabaran sebenarnya. Kalau nak diimbas kembali di usia 3 tahun anak2 lain ada yang masih tidur pagi, bermain di rumah dan segalanya di urus ibu atau ayah. Alhamdulillah walaupun banyak rintangan yang di hadapi akan tetapi sikit demi sedikit boleh di dengari nasihat. Anak kalau bergaduh, merengek adalah perkara baiasa akan tetapi pemantauan yang penting. Alhamdulillah 3 tahun melalui pengalaman di 3P dapat membentuk peribadi muslim yang agak baik pada usianya 5 tahun. Tahun depan akan memasuki pra sekolah tetapi masih belum dapat kata putus samaada masih di Pasti atau pra di sekolah abang. Insyallah ada jalannya... Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana Muhammad Farhad Zameer semakin membesar dan masih dipantau pihak hospital. Pemakanannya pun semakin memberangsangkan, kuat minum dan makan dan tak risau tentang beratnya yang semakin meningkat. Sekarang aktiviti tak terbatas sangat kerana Farhad dah pandai berjalan dengan memegang dinding dan apa yang boleh dibuat menongkat. Hehehe Anak hero ibu yang banyak dugaan ni memang sangat aktif dan lasak. Tenaga dan kekuatan luar biasa dek banyak ubat yang masuk ke dalam badan sehingga ubat "anti fungue"... Alhamdulillah semoga anak2 ini memberi kami cahaya ketenangan dan menjadi anak yang soleh dan tidak lupa tanggungjawab kepada Allah, Ibu dan ayah.... Amin...

Tuesday, October 25, 2011

GENAP 50 HARI FARHAD ZAMEER...

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana akhirnya Farhad Zameer dapat discaj pada 13 Oktober 2011 bersamaan 50 hari berada di wad NICU. Terasa amat gembira sekali tidak terkata tatkala doktor mengeluarkan perkataan discaj yang selama 3 bulan ibu menantinya. Akan tetapi ibu diberi masa 3 hari untuk menjaga dan memberi perhatian pada si anak kecil ini untuk memastikan beratnya naik jikalau tidak akan ditahan di wad semula pada 17 Oktober....Hati berdebar2 kerana pertama kali pulang ke rumah membawa Farhad mengenali tempat yang akan didudukinya sementara sebelum berpindah ke tempat baru.

Selama 3 hari amatlah beharga kerana masa yang singkat untuk memastikan Farhad mendapat penjagaan teliti kerana selama 50 hari berada di NICU berat badannya hanya statik sahaja mungkin kerana faktor suasana dan suhu yang sejuk persekitarannya ditambah keadaan ibu yang stress dan teringat hero2 yang berada di rumah. Amat rindu sekali dengan 3F yang ditinggalkan, manakan tidak kalau dikira dah 90 hari ibu bermastautin di hospital.. huh satu jangka masa yang amat panjang dan tak dapat dibayangkan segalanya.

Setelah 3 hari berlalu sekali lagi hati berdebar2 menanti saat Farhad hendak ditimbang kerana takut beratnya tidak naik... huh sekali lagi ibu menarik nafas lega kerana tidak disangka baru 3 hari beratnya telah naik 110gm walaupun jika dilihat ia adalah satu jumlah yang sedikit.. Syukur tak terhingga sekali lagi ... ternyata Farhad mula serasikan diri dgn keadaan dan suhu di rumah.

Kegembiraan ini dikongsi bersama kawan2 Farhad yang lain kerana masing2 membuat check up juga pada hari yang sama sehinggakan ibu mendapat kawan yang ramai selama di NICU dan masing2 bertukar pendapat serta nasihat dalam situasi yang berbeza.Alhamdulillah pelbagai petua dan ilmu yang diperolehi dalam menjaga anak pramatang ini... Barulah ibu sedar bahawasanya pengalaman berada di wad terlalu mencabar dan byk belajar cara untuk mengatasi apa permasalahan serta penyelesaian bagi anak2 pra ini...

Terima kasih kepada saudara2 dan kawan2 yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk kekuatan kepada ibu.Di harap Muhammad Farhad Zameer akan terus kuat dan membesar tanpa ada halangan selepas ini rentetan ubat yang banyak telah diberikan.Semoga Allah mempermudahkan urusanmu Farhad Zameer.... Amin...

Monday, September 19, 2011

MUHAMMAD FARHAD ZAMEER.. SAAT DINANTI...


Hari ini 19 September 2011 genap 2 bulan ibu berada di hospital menanti saat kelahiran dan penjagaan anakku.Mengimbas kembali kejadian 19 Julai 2011 ibu mengalami pendarahan pertama ketika berada di rumah dan ketika itu apa yang ada difikiran adalah samaada keguguran atau mmg dah tiba saat untuk bersalin. Sepanjang perjalanan harapan ibu adalah anak dalam kandungan berada dalam keadaan selamat.Tidak dapat dibayangkan jika ibu kehilanganmu wahai anakku. Hanya doa dan tawakal sentiasa mengiringi sepanjang perjalanan lebih kurang 10 kilometer.

Setiba di Hospital ibu diberikan rawatan kecemasan yang mana pendarahan tadi masih tidak berhenti. Sementara melihat doktor yang panik (mungkin baru tersedar dari tido), akhirnya semua dapat diatasi dengan selamat akan tetapi bila mana doktor memberitahu bahawa ibu mengalami plasenta travia stage 4 (waktu tu ibu tak tau pun apa yg dimaksudkan)dan dinyatakan juga akan di tahan di wad sehingga bersalin, perasaan terkejut teramat dan tidak disangka juga sehingga begitu akhirnya.Dalam fikiran hanya memikirkan bagaimana dengan kerja ibu nanti, apa akan jadi kalau 6 bulan terpaksa bercuti, anak2 di rumah, waktu dah nak dekat raya dan macam2 yang terlintas difikiran.

Sehingga keesokan harinya setelah pendarahan berhenti ibu terus dibawa ke wad dan di situ juga bermula episod yang sukar dipercaya.Permulaan berada di wad tidaklah terasa sehingga 2 minggu perasaan memberontak untuk pulang amat terasa kerana dalam fikiran teringatkan anak2 dan suami di rumah. 1 Ogos 2011 apabila hati ingin juga pulang dan menanti saat menunggu ayah datang pendarahan kali kedua berlaku dan ketika itu hati berdebar lagi dan tertanya adakah ibu akan bersalin.Apabila pendarahan tidak berhenti apa yang difikirkan soal hidup dan mati (setelah mendengar penerangan doktor tentang risiko pendarahan). Hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaan dan apa yang terbayang difikiran, akan tetapi semangat dan dorongan apabila ayah ada bersama hati rasa terubat dan terfikir jika apa2 berlaku ada orang tersayang disisi.Alhamdulillah Allah masih memberi harapan untuk anak ibu membesar di dalam kandungan.

Apabila hampir 30 hari berada di hospital ibu di beri cuti untuk pulang beraya pada 30 dan 31 Ogos 2011 oleh doktor pakar. Segala2nya telah ditentukan, pada 25 Ogos 2011 pendarahan ketiga berlaku dan ketika ini adalah saat yang paling mencemaskan dan waktu ini ibu rasa memang lain dari kejadian sebelum. Terasa diri menggeletar kerana terlalu banyak darah yang hilang dan kepala mula pening dan apa yang terlintas adalah adakah akan selamat kandungan atau adakah ini hari terakhir bagi ibu kerana waktu itu 3 doktor pakar yang bergegas ke katil 23 rata2 berkata tak boleh tunggu lagi sebab darah terus mengalir tanpa henti. Apa yang doktor kata ibu hanya mengangguk sahaja tanda setuju. Tak sampai 2 jam anakku selamat dilahirkan dalam keadaan diri ibu dipengsankan tanpa diketahui apa yang telah berlaku. Tersedar apabila ada nurse yang mengejut dan berkata puan...puan... Akan tetapi dek kerana tersangat lemah dan rasa pening yang amat ibu terpaksa kembali menutup mata, sekali lagi nurse terus mengejut kerana takut risiko jika keadaan terus tidak sedarkan diri.

Alhamdulillah, semasa di bilik bersalin menanti keadaan ibu stabil ayah berada bersama ketika itu soalan pertama ditanya samaada sempurna atau tidak anak yang dilahirkan dan apabila ayah beritahu ok terasa semangat kembali dan diberitahu juga anakku lelaki ibu menerima dengan hati yang gembira. Malam itu ibu terus di bawa ke wad kerana keadaan sudah semakin stabil dan menunggu 6 jam untuk menerima makanan semula.Seminggu selepas anakku dilahirkan tercipalah nama untuknya iaitu MUHAMMAD FARHAD ZAMEER.....(Ilham dari ayah dan abang2nya Faris serta Fatih).

Syukur walaupun Farhad dilahirkan pra matang tetapi keadaan dia semakin stabil dan sehingga kini masih berada di wad NICU untuk dipantau dan semoga anak ibu kembali sihat dan boleh pulang dengan baik.Sama2 doakan untuknya.... AMIN...