Tentang kami

Tentang kami

Sunday, June 27, 2010

Hari Minggu Di Sungai Congkak....



Hari minggu kali ini FnF di bawa ayah dan ibu ke Sungai Congkak kerana pada minggu ini masa ayah terluang dek tiada kelas yang perlu dihadiri. Semangat pagi sabtu di mulakan dengan kebangkitan awal Faris pada jam 6.30 pagi. Pesanan ibu amat2 berguna kerana malam tadi sebelum tido FnF dah pun menerima arahan dari ibu supaya bangun awal untuk cepat2 bergerak ke Air Terjun. Seperti yang dijangka setelah siap ibu membungkus semua persiapan termasuk sarapan pagi iaitu nasi lemak yang telah dimasak, kami pun bergerak jam 8.15 pagi terus menuju ke destinasi yang hendak di tuju.

Dengan perasaan yang berkobar2 untuk bermandi manda di air terjun dan tanpa bersarapan FnF terus menuju ke arah air yang sedang mengalir. Lalu ibu pun memanggil semula FnF untuk bersarapan dahulu.Selesai makan FnF pun turun bersama ayah untuk memulakan mandi manda. Tergelak juga lah ibu melihat telatah mereka bertiga, kerana kesejukan air sungai itu. Selama 2 jam berendam ibu melihat fatih dah terlalu kesejukan sampaikan badan menggigil menahannya.

Selang beberapa minit 3F naik ke atas untuk menyalin pakaian kerana tidak tahan dengan sejuk yang teramat. Sesudah semua menyalin pakaian ibu pun berkemas segala bekalan kerana ayah nak meneruskan perjalanan ke Putrajaya menyaksikan pertandingan kapal control, tapi hanya seketika sahaja kerana cuaca yang amat panas menghadkan kami untuk terus bersantai.

Setelah satu hari diisi dengan aktiviti riadah, kami pun pulang dengan keletihan. Tiba2 Faris pun bersuara " Ibu ayah nanti kita pergi lagi, best lah mandi"...haha ibu macam tak percaya bila mana faris dah mula menyukai air tak kira air kolam, sungai, laut dan tidak lupa bilik air di rumah nih... Insyaallah kalau dipanjangkan umur boleh kita pergi lagi. Aminnn...

Saturday, June 26, 2010

Bercuti Di Batu Pahat....















Lama rasanya tak update blog anak-anak dek kesibukan kerja yang tak pernah habis. Baru-baru ni ibu dan ayah mengambil cuti sempena cuti sekolah pertengahan tahun untuk menghabiskan masa bersama FnF balik ke kampung ibu di Batu Pahat setelah 3 bulan tidak pulang menziarahi nenek dan atuk.Kali ini kami pulang pada jumaat malam 11 June 2010 selepas habis kerja kerana keesokan harinya ada kenduri di rumah makcik ibu iaitu perkahwinan Ainuddin (anak bongsu). Sempat juga kami singgah ke melaka untuk makan malam menikmati ikan bakar di alai (port biasa), kerana tak sah kalau balik ke BP kalau tak jumpa ikan bakar dulu.... Mak Long dan Mak Ngah pun balik pada malam yg sama cuma kami tidak berkonvoi dan masing2 balik mengikut masa yang berlainan.

Tepat pukul 12 malam kami pun tiba di rumah atuk dan nenek dan seperti biasa mereka akan tetap menunggu kami walaupun jam telah memasuki 12 .30 mlm 12 June 2010. Masing2 belum tidur kerana perasaan yang sgt gembira semua keluarga berkumpul. Kepulangan kali ini kami dah ada bilik sendiri bila mana atuk telah mengubahsuai rumah untuk menambah lagi bilik bagi keselesaan anak2 dan cucu2. Tapi apakan daya mata ini dah tak larat untuk bertahan dan jam 1.30 pagi masing2 terus melelapkan mata menghilangkan penat dan keletihan yang teramat.

Keheningan pagi di sambut oleh kokokan ayam terasa sungguh terpesona kerana jarang kami menikmatinya di bandar yang besar. Cucu2 nenek dan atuk yang berjumlah 11 org semua ada dan tak dapat nak di kata bagaimana riuh rendahnya suasana bila mana semua berkumpul terutama FnF dengan abg amir,amar,Fais dan fikri. Kalau nak dikira dekat 10 kali kain alas meja atuk tercampak ke sana dan ke mari dan paling senang nak urus kain, bunga dan segala yg boleh rosak ibu terus simpan di atas almari. Pagi yang sungguh seronok bila bersarapan bersama ahli keluarga dan kali ini bila dikira semula ada 22 org yang berada di rumah nenek. Betapa ramainya sehingga cik usu lah org yang jadi warden di rumah kerana mengawasi tingkah laku anak2 sedara yg pelbagai.

Setelah 2 hari berada di rumah nenek dan segala aktiviti telah dilakukan ibu terfikir apa lagi aktiviti yang menarik boleh dilakukan, dan tergerak hati untuk membawa semua anak2 sedara ke Wet World Batu Pahat. Di situ lah tempat riadah yang lama tidak dikunjungi dan satu2nya tempat yg menarik untuk anak2 kecil. Perancangan rapi telah dilakukan bersama cik usu untuk membawa 18 org ke Wet World. Tak termasuk cik nuar dan atuk kerana ada kerja yang harus dilkakukan. Mak long dan Along Din telah pulang ke Putrajaya malam tadi kerana hari ini kerja mcm biasa. Kami pun pergi dengan 3 buah kereta. Tiba di sana pada jam 10.15 pagi dan mmg kebetulan dibuka pada pukul 10 pagi masing2 dengan perasaan teruja terus menyalin pakaian untuk berendam di air. Pesanan telah di beri kepada setiap anak2 sedara yang ada untuk berhati2 kerana dalam keseronokan kita harus beringat untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini berlaku.

Wednesday, June 2, 2010

Faris n Fatih Berhujung Minggu Di Perak......

Ketika tiba saja waktu cuti FnF akan bertanya " cuti2 kita gi mana ibu/ayah " persoalan yang sering ditanyakan. Dan pada penghujung bulan May ini kami sekeluarga meluangkan masa untuk pulang ke kampung di Perak. Satu perkara yang FnF suka bila balik ke kampung adalah dapat menaiki motor bersama embah lanang. Hehe... mana tak nya dapat pergi ke kedai runcit yang ada di depan kampung dan byk pilihan jajan yang nak di beli.

Ada saja keletah FnF bilamana sepupunya pun pulang sekali iaitu Kak Kauthar. Sepanjang hari di rumah embah tidak mematikan semangat Fnf untuk terus bermain sbb waktu tu lah mereka nak manfaatkan waktu untuk tidak berhenti selagi tidak penat. Dari pagi bangun celik mata terus pergi mandi dan bila tiba waktu sarapan masing2 duduk mengadap dan bersarapan bersama. Ketika sedang menikmati sarapan pagi, Faris memerhatikan saja apa yang sedang makciknya lakukan.. Dan mungkin ternampak makciknya sedang minum berdiri, dengan selamba Faris berkata " tak eloklah minum berdiri kawan syaitan " semua tergelak kecil mendengar apa yang diperkatakan oleh Faris tadi. Itu adalah salah satu ilmu yang dapat diterapkan dalam diri anak2 di tadika 3P (sungguh berkesan). Etika yang harus diteruskan dan diterap ke dalam diri anak2 sekarang kerana zaman semakin canggih dan ikutan yang tidak sihat juga senang dipengaruhi...

Satu perkara yang FnF selalu lakukan adalah mengikut ayah ke masjid yang berdekatan dengan rumah embah. Kebiasaan embah akan menjadi imam setiap waktu akan tetapi embah tidak berapa sihat kerana demam dek cuaca yang sangat panas sekarang. Moga2 FnF dapat menerapkan amalan ke masjid sampai lah mereka besar kelak... Aminnnnn.Yang pasti bila berada di kampung suasana yang sunyi akan terus menyelubungi malam sehinggalah menjelangnya siang.

Istimewanya di depan rumah embah ada sebuah Tadika Pasti Al-Huda yang sudah puluhan tahun di jalankan. Dari sekolah kayu sehinggalah sekarang separuh batu separuh kayu. Dek kerana penghijrahan anak2 muda kampung ke kota, pendaftaran kanak2 ke tadika itu amat sedikit sekali. Akan tetapi pembelajaran yang di terima lebih baik kerana tumpuan kepada anak2 lebih lagi.Sesungguhnya yang sedikit itu lebih baik dari yang banyak kerana ilmu yang disampaikan akan lebih telus. Moga FnF akan terus manfaatkan apa ilmu yang diberikan. Aminn..