Tentang kami

Tentang kami

Saturday, June 26, 2010

Bercuti Di Batu Pahat....















Lama rasanya tak update blog anak-anak dek kesibukan kerja yang tak pernah habis. Baru-baru ni ibu dan ayah mengambil cuti sempena cuti sekolah pertengahan tahun untuk menghabiskan masa bersama FnF balik ke kampung ibu di Batu Pahat setelah 3 bulan tidak pulang menziarahi nenek dan atuk.Kali ini kami pulang pada jumaat malam 11 June 2010 selepas habis kerja kerana keesokan harinya ada kenduri di rumah makcik ibu iaitu perkahwinan Ainuddin (anak bongsu). Sempat juga kami singgah ke melaka untuk makan malam menikmati ikan bakar di alai (port biasa), kerana tak sah kalau balik ke BP kalau tak jumpa ikan bakar dulu.... Mak Long dan Mak Ngah pun balik pada malam yg sama cuma kami tidak berkonvoi dan masing2 balik mengikut masa yang berlainan.

Tepat pukul 12 malam kami pun tiba di rumah atuk dan nenek dan seperti biasa mereka akan tetap menunggu kami walaupun jam telah memasuki 12 .30 mlm 12 June 2010. Masing2 belum tidur kerana perasaan yang sgt gembira semua keluarga berkumpul. Kepulangan kali ini kami dah ada bilik sendiri bila mana atuk telah mengubahsuai rumah untuk menambah lagi bilik bagi keselesaan anak2 dan cucu2. Tapi apakan daya mata ini dah tak larat untuk bertahan dan jam 1.30 pagi masing2 terus melelapkan mata menghilangkan penat dan keletihan yang teramat.

Keheningan pagi di sambut oleh kokokan ayam terasa sungguh terpesona kerana jarang kami menikmatinya di bandar yang besar. Cucu2 nenek dan atuk yang berjumlah 11 org semua ada dan tak dapat nak di kata bagaimana riuh rendahnya suasana bila mana semua berkumpul terutama FnF dengan abg amir,amar,Fais dan fikri. Kalau nak dikira dekat 10 kali kain alas meja atuk tercampak ke sana dan ke mari dan paling senang nak urus kain, bunga dan segala yg boleh rosak ibu terus simpan di atas almari. Pagi yang sungguh seronok bila bersarapan bersama ahli keluarga dan kali ini bila dikira semula ada 22 org yang berada di rumah nenek. Betapa ramainya sehingga cik usu lah org yang jadi warden di rumah kerana mengawasi tingkah laku anak2 sedara yg pelbagai.

Setelah 2 hari berada di rumah nenek dan segala aktiviti telah dilakukan ibu terfikir apa lagi aktiviti yang menarik boleh dilakukan, dan tergerak hati untuk membawa semua anak2 sedara ke Wet World Batu Pahat. Di situ lah tempat riadah yang lama tidak dikunjungi dan satu2nya tempat yg menarik untuk anak2 kecil. Perancangan rapi telah dilakukan bersama cik usu untuk membawa 18 org ke Wet World. Tak termasuk cik nuar dan atuk kerana ada kerja yang harus dilkakukan. Mak long dan Along Din telah pulang ke Putrajaya malam tadi kerana hari ini kerja mcm biasa. Kami pun pergi dengan 3 buah kereta. Tiba di sana pada jam 10.15 pagi dan mmg kebetulan dibuka pada pukul 10 pagi masing2 dengan perasaan teruja terus menyalin pakaian untuk berendam di air. Pesanan telah di beri kepada setiap anak2 sedara yang ada untuk berhati2 kerana dalam keseronokan kita harus beringat untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini berlaku.

No comments: