Tentang kami

Tentang kami

Friday, August 6, 2010

Tanggal 02 Ogos 2010......

Alhamdulillah, tarikh ini membawa seribu makna kepadaku kerana 31 tahun yang lalu aku dilahirkan. Bermakna tanggal 02 Ogos 2010 aku menyambut ulangtahun ke-31 tahun. Syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk aku meneruskan kehidupan bersama keluarga-keluarga tercinta.Masa terus berlalu, setiap kali aku mengambil anak2 pulang dari tadika teringat sewaktu aku mula2 bersekolah tadika islam di Jalan Jaafar Kg Peserai. Terdapat 2 guru yang mengajar kami iaitu Cikgu Zabedah dan Cikgu Amnah. Merekalah Cikgu yang mula2 kami kenali dengan hati budi yang baik,lemah lembut dan selalu memberi banyak galakan walaupun sewaktu itu kami baru nak mengenali ilmu2 asas. Waktu dulu walaupun cikgu hanya 2 orang dan anak didik 30 orang masih lagi boleh mengawal dek kerana zaman dulu anak didik takut akan cikgu dan hormat orang yang lebih tua dan tidak dinafikan ada segelintir anak2 didik yg kurang mendengar kata, akan tetapi mereka masih lagi mahu mendengar dan melakukan apa yang cikgu suruh.

Ada ketikanya segelintir ibu bapa terpaksa menunggu sehingga waktu tamat sekolah kerana anak2 yang baru masuk takut akan ketegasan cikgu. Pada waktu itu ibu2 tidak ramai yang bekerja kerana taraf hidup masih lagi rendah, gula pasir masih boleh didapati dengan harga 0.85/kg. Hehehe tergelak rasanya kalau mengenang zaman tu.... zaman hingusan. Aku bernasib baik kerana bapaku seorang guru dan waktu bekerja tidak memanjang sampai ke petang. Tepat pukul 12.30 tghari bapaku sudah pun menunggu di luar tadika, ketika itu aku bersekolah bersama sepupu dan adik lelakiku. Tadika aku terletak di tepi sungai dan yang sungguh menarik waktu rehat kami di beri makan makanan yang disediakan pihak tadika dan sempat bersantai sesekali bermain bersama rakan2 yang ada. Teringat rakan2 seperjuangan yang selalu bersama ketika di sana dan kalau tak silap beberapa nama yang saya masih ingat adalah sayang (rosma), ratna dewe, fizah rais, elmiza, baharudin,rozliana,yedah,maslina, lan (sepupuku), nuar (adikku) dan ramai lagi (tak ingat lah plak). Hahaha.... suatu kenangan yang sukar dilupakan apabila adikku terkencing sewaktu ujian amali sembahyang.... waktu itu nuar terpaksa dikeluarkan dari saf kerana tiada pakaian lain sehingga abah datang mengambil kami. Memang tak kering gusi kalau mengimbau kenangan zaman dulu2.

Zaman sekarang anak2 terpaksa tinggal di tadika sehinggalah ayah ibu pulang jam 6 ptg. Kadang2 kesian plak rasanya memikirkan anak2 terpaksa menjalani kehidupan seharian di tadika dimana keadaan itu adalah keadaan biasa di zaman ini dek kerana ibu ayah keluar mencari rezeki. Akan tetapi perasaan ni amatlah mendalam jika suatu hari ibu dapat menumpukan sepenuh masa pada keluarga jika diberikan rezeki yang lebih, AMIN..... hehehe semoga ayah dapat menghabiskan study dengan cemerlang (kami tetap memberi sokongan pada ayah untuk mengharungi apa jua rintangan).

Alhamdulillah sekali lagi aku dapat menikmati kehidupan kurniaan allah ini sehingga ke hari ini, Terima Kasih Ya Allah. Semoga kau memberi rahmat kepada hambamu ini.AMIN.

Sekian.
Syukran.

No comments: