Tentang kami

Tentang kami

Saturday, August 14, 2010

Hari2 Berfikir Apa Menu Istimewa....

Menjadi seorang ibu ni kadang2 jadi buntu dalam bab2 nak masak, terutama di bulan puasa.Idea sentiasa kene update dan pendapat dari anak2 dan suami sangat2 dialukan. Hahaha... dalam pada duk fikir apa nak buat juadah berbuka, saya pun sambil mengemas rumah dan org rumah sedang menampal dinding dgn plaster kerana tahun ni kami berazam untuk mengecat rumah ni kerana berkemungkinan tahun depan kami akan meninggalkan tempat ini untuk berpindah ke tempat baru. Hehehe harapnya misi ini berjaya kerana cukup tahun ni bermakna telah 6 tahun 6 bulan kami tinggal di sini (satu jangka masa yang agak lama).

Dalam pada mencari idea ni, hero2 kecilku asyik dengan pensil warna yang baru ibu belikan dan yang bestnya sebanyak 20 muka surat gambar habis diwarna oleh Faris (nampaknya kene beli banyak buku mewarna). Tidak ketinggalan untuk membuat sepah memang perkara wajib dilakukan setiap hari diiringi suara ibu yang memberi amaran untuk dibersihkan semula... hehehe nasib mendengar kata....Pagi tadi hero2ku bersarapan nasi lauk lemak udang yang ibu masak malam tadi dan bila mana suapan pertama dimulakan Faris lalu dia berkata " eemmm sedapnya ibu masak " hehehe tergelak ibu. Terima kasih untuk FnF kerana memuji masakan ibu...(dalam proses nak ajak Faris mula berpuasa dan setakat ni dia baru boleh bangun makan sahur... hehehe).

Berbalik menu hari ini, aku rasa bila dah menulis ni tergerak dihati plak nak buat masakan western lah (sedap tengok Serina dalam JJCM tadi.. huhu).... beli daging di Jusco pastu bakar ngan black pepper je lah dalam lain2 kita goreng kentang dan buat kubis mayo.... Best gak nih..... Ok lah, idea dah datang dan rasanya nak sambung menyidai basuhan fasa kedua (harus berperingkat kerana tempat yg terhad).... Harap2nya idea terlaksana dengan jayanya. Amin..

Salam....

Sunday, August 8, 2010

Faris....Faris....Fatih....Fatih....

Seharian di rumah kebiasaan membuatkan perasaan tak keruan jadinya bagi faris & fatih kalau tak buat sepah. Mana tidaknya kalau ibu buat kiraan shift untuk mengemas rumah mungkin lebih dari 5x ganda kemasan hari biasa. Tapi untuk hari ini Faris dan Fatih lebih banyak mewarna dan melukis dalam buku catitan ibu yang tidak digunakan lagi. Hehehe mungkin baru nak menyerlahkan talent yang dahulunya belum diserlahkan. Fatih macam biasalah apa abang buat itulah akan diikutnya. Nak dijadikan cerita, Ketekunan Faris tadi menarik minat ibu untuk mengetahui apa yang di tulisnya di dalam buku itu.

Perlahan2 ibu melihat dan bila mana ibu tenung tiba2 Faris pun berkata " KLCC ni ibu "... hahahaha rupanya dia melukis KLCC kerana malam semalam baru saja ayah bawa pergi melihat KLCC dengan jarak yg dekat di waktu malam (sbb siang ayah keje seharian). Sewaktu di depan tasik KLCC Faris memang betul2 teruja dengan pertunjukan air panjut yang pelbagai. Rupa2nya ingatan sehingga ke hari ini diadaptasikan di dalam buku ibu itu.

Ketika di meja makan sewaktu ibu dan ayah pekena minuman panas Faris datang ke meja lalu berkata " ibu..ibu... kita pandai lukis sebab doktor dah cucuk ambil darah kita, kita diam je sbb tu kita pandai dah lukis "... kah3 sekali lagi Faris membuatkan ibu ngan ayah tergelak sekejap. Kisah minggu lepas Faris demam panas tahap 39.9'C dan pergi ke Az Zaharah kene masuk ubat bontot, dimandikan oleh nurse yg comei dan diambil darah untuk ujian samaada terkene penyakit yang sekarang sedang berleluasa (memang steady jek Faris tak nangis pun).

Bagi Fatih, hanya menyokong abang Farisnya melukis sahaja dan ada juga dia berkata
" eeemmm cantiknya aban lukis " haha lawak pun ada Fatih ni sebab banyak2 perkataan kalau ada huruf G belakang jadi tiada G.

Ketekunan Faris tadi membuatkan Ibu berjanji dengannya bahawa esok nak belikan satu set pensil warna untuk memberi sokongan supaya dia dapat meluangkan masa cuti dengan perkara berfaedah. Cuma jika ada sedikit pergaduhan di antara Faris dan Fatih harapnya mereka dapat berubah sedikit demi sedikit jika ayah dan ibu memberi sedikit amaran (hehe kene sekali).

Adios... Ich Liber Dich my sons FnF....

Saturday, August 7, 2010

Today Story.........

Pagi 07 Ogos 2010, memang dah plan awal dari semalam aku nak buat sarapan nasi lemak hari ini. Seawal 7 pagi aku terus memerah kelapa fresh untuk memasak nasi kerana yang segar lebih menimbulkan rasa aroma dari yang segera. Setelah siap memasukkan halia ke dalam periuk nasi untuk lebih wangian aku terus menekan suis rice cooker (hehe maklum lah sekarang semua pakai karen jek), aku terus mengupas bawang,lada halia untuk dibuat bahan sambalnya plak. Mak aku kata kalau sambal ni tak nak pedas kita kene garingkan lada sampai nampak kehitaman (aku memang tukang buat sambal dari zaman duk hostel dulu, dah mcm muka sambal pun ada... hehehe).

Lebih kurang 8.30 pagi sarapan sedia terhidang dengan kepanasannya yang masih terasa (huhu).Suamiku dan anak2ku terus menjamu dengan tekunnya. Yang bestnya hero2 kecilku yang susah nak makan berselera plak pagi ni menikmati nasi lemak ibunya.

Seperti biasalah kalau setiap kali aku masak pagi ke, tengahari ke, malam ke akan ku pastikan berapa markahkah yang aku akan dapat dari suami untuk aku mempertingkatkan lagi tahap kesedapan masakan aku (hehehe). Tergelak besar aku bila mana aku mendapat 10/10 dari ujian rasa dari hero utamaku. Hahahaha..... teringat plak markah periksa waktu sekolah dulu2...

Cerita tentang masakan plak, selama 6 tahun aku berkahwin ada beberapa menu yang aku pelajari dari ibu mertuaku iaitu Mee Ngopek (tertanya2 pula kenapa mee tu namanya ngopek). Mee Ngopek adalah bahawa jawa yang mana mee ini akan disediakan untuk orang kampung yang datang rewang jika ada kenduri kendarat di rumah (lebih kurang gitu lah agaknya), tapi bila dah selalu buat mmg tak dinafikan mmg kelazatan mempunyai ciri2 tersendiri (lebih kurang Mee Kuah di Johor). Dulu sewaktu aku sekolah menengah makcik kantin selalu buat dan memang lazat. Berbalik kepada menu yang aku pelajari tadi, satu lagi iaitu jangan lombok (kalau kat johor sambal goreng). Jangan lombok ni berwarna gelap sikitlah kerana tidak ada santan dan rasanya memang sedap manis,masin,masam mmg cukup rasa.Rencahnya lebih kepada babat lembu,kentang,soon dan tempe. Sesekali buat ada kelas juga (hahaha).

Bab2 kuih aku ni bukan tak pandai buat tapi cik las lebih sikit dari masakan berlauk. Apapun pendapat aku memasak ni ilmu yang paling mudah untuk difahami kerana kalau kita selalu mempraktikkan akan jadi satu lekatan di satu sudut dalam otak apa yg patut kita ambil bahan untuk menu yang kita nak masak, kerana dahulu aku bukan lah orang yang rajin masak, akan tetapi bila dah bergelar isteri dan ibu perasaan untuk mendalami bidang masakan agak terujalah juga untuk memberi kenikmatan dan kelazatan kpd suami dan anak2.

Syukran...
Alhamdulillah.

Baju Raya Dah siap........

Semalam 6 Ogos 2010, ibundaku menelefon sewaktu aku di pejabat sedang meneliti kerja-kerja yang tak habis-habis menanyakan khabar anakanda tercinta (hehehe),mak nak beritahu bahawasanya baju raya yang bru 2 minggu lepas aku beli dan ditempah di Batu Pahat sudah siap dibuat.Terkejut aku dengan kecekapan tukang jahit iaitu kak Ita kerana kebiasaannya di saat2 ini aku punya tempahan sebulan baru siap kerana dia pun sedia ada bertimbun2 baju yang patut disiapkan dahulu.HEhehehehe, terima kasih Kak Ita kerana prihatin terhadap tempahan yang sememangnya tiap2 tahun tak akan miss untuk membuat tempahan dengannya.

Dek kerana tahun ini giliran Raya akan berada di Perak, mak maklumkan 2 minggu sebelum raya kene siapkan dan kebiasaan seminggu sebelum raya aku akan pulang untuk bersama2 mak abah untuk berbuka puasa bersama. Terasa kehangatan raya dah ada plak bila mak bagi tahu tentang hal ni, padahal puasa pun tak lagi. Whatever, terima kasih pada Kak Ita kerana awal menyiapkan baju2 tu.

HUHU, apapun yang paling penting kita semua umat islam dapat menyambut bulan Ramadhan ini dengan besederhana kerana itu lebih elok dari kita berbelanja dengan boros...:)p

Friday, August 6, 2010

Tanggal 02 Ogos 2010......

Alhamdulillah, tarikh ini membawa seribu makna kepadaku kerana 31 tahun yang lalu aku dilahirkan. Bermakna tanggal 02 Ogos 2010 aku menyambut ulangtahun ke-31 tahun. Syukur ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk aku meneruskan kehidupan bersama keluarga-keluarga tercinta.Masa terus berlalu, setiap kali aku mengambil anak2 pulang dari tadika teringat sewaktu aku mula2 bersekolah tadika islam di Jalan Jaafar Kg Peserai. Terdapat 2 guru yang mengajar kami iaitu Cikgu Zabedah dan Cikgu Amnah. Merekalah Cikgu yang mula2 kami kenali dengan hati budi yang baik,lemah lembut dan selalu memberi banyak galakan walaupun sewaktu itu kami baru nak mengenali ilmu2 asas. Waktu dulu walaupun cikgu hanya 2 orang dan anak didik 30 orang masih lagi boleh mengawal dek kerana zaman dulu anak didik takut akan cikgu dan hormat orang yang lebih tua dan tidak dinafikan ada segelintir anak2 didik yg kurang mendengar kata, akan tetapi mereka masih lagi mahu mendengar dan melakukan apa yang cikgu suruh.

Ada ketikanya segelintir ibu bapa terpaksa menunggu sehingga waktu tamat sekolah kerana anak2 yang baru masuk takut akan ketegasan cikgu. Pada waktu itu ibu2 tidak ramai yang bekerja kerana taraf hidup masih lagi rendah, gula pasir masih boleh didapati dengan harga 0.85/kg. Hehehe tergelak rasanya kalau mengenang zaman tu.... zaman hingusan. Aku bernasib baik kerana bapaku seorang guru dan waktu bekerja tidak memanjang sampai ke petang. Tepat pukul 12.30 tghari bapaku sudah pun menunggu di luar tadika, ketika itu aku bersekolah bersama sepupu dan adik lelakiku. Tadika aku terletak di tepi sungai dan yang sungguh menarik waktu rehat kami di beri makan makanan yang disediakan pihak tadika dan sempat bersantai sesekali bermain bersama rakan2 yang ada. Teringat rakan2 seperjuangan yang selalu bersama ketika di sana dan kalau tak silap beberapa nama yang saya masih ingat adalah sayang (rosma), ratna dewe, fizah rais, elmiza, baharudin,rozliana,yedah,maslina, lan (sepupuku), nuar (adikku) dan ramai lagi (tak ingat lah plak). Hahaha.... suatu kenangan yang sukar dilupakan apabila adikku terkencing sewaktu ujian amali sembahyang.... waktu itu nuar terpaksa dikeluarkan dari saf kerana tiada pakaian lain sehingga abah datang mengambil kami. Memang tak kering gusi kalau mengimbau kenangan zaman dulu2.

Zaman sekarang anak2 terpaksa tinggal di tadika sehinggalah ayah ibu pulang jam 6 ptg. Kadang2 kesian plak rasanya memikirkan anak2 terpaksa menjalani kehidupan seharian di tadika dimana keadaan itu adalah keadaan biasa di zaman ini dek kerana ibu ayah keluar mencari rezeki. Akan tetapi perasaan ni amatlah mendalam jika suatu hari ibu dapat menumpukan sepenuh masa pada keluarga jika diberikan rezeki yang lebih, AMIN..... hehehe semoga ayah dapat menghabiskan study dengan cemerlang (kami tetap memberi sokongan pada ayah untuk mengharungi apa jua rintangan).

Alhamdulillah sekali lagi aku dapat menikmati kehidupan kurniaan allah ini sehingga ke hari ini, Terima Kasih Ya Allah. Semoga kau memberi rahmat kepada hambamu ini.AMIN.

Sekian.
Syukran.