Tentang kami

Tentang kami

Wednesday, June 2, 2010

Faris n Fatih Berhujung Minggu Di Perak......

Ketika tiba saja waktu cuti FnF akan bertanya " cuti2 kita gi mana ibu/ayah " persoalan yang sering ditanyakan. Dan pada penghujung bulan May ini kami sekeluarga meluangkan masa untuk pulang ke kampung di Perak. Satu perkara yang FnF suka bila balik ke kampung adalah dapat menaiki motor bersama embah lanang. Hehe... mana tak nya dapat pergi ke kedai runcit yang ada di depan kampung dan byk pilihan jajan yang nak di beli.

Ada saja keletah FnF bilamana sepupunya pun pulang sekali iaitu Kak Kauthar. Sepanjang hari di rumah embah tidak mematikan semangat Fnf untuk terus bermain sbb waktu tu lah mereka nak manfaatkan waktu untuk tidak berhenti selagi tidak penat. Dari pagi bangun celik mata terus pergi mandi dan bila tiba waktu sarapan masing2 duduk mengadap dan bersarapan bersama. Ketika sedang menikmati sarapan pagi, Faris memerhatikan saja apa yang sedang makciknya lakukan.. Dan mungkin ternampak makciknya sedang minum berdiri, dengan selamba Faris berkata " tak eloklah minum berdiri kawan syaitan " semua tergelak kecil mendengar apa yang diperkatakan oleh Faris tadi. Itu adalah salah satu ilmu yang dapat diterapkan dalam diri anak2 di tadika 3P (sungguh berkesan). Etika yang harus diteruskan dan diterap ke dalam diri anak2 sekarang kerana zaman semakin canggih dan ikutan yang tidak sihat juga senang dipengaruhi...

Satu perkara yang FnF selalu lakukan adalah mengikut ayah ke masjid yang berdekatan dengan rumah embah. Kebiasaan embah akan menjadi imam setiap waktu akan tetapi embah tidak berapa sihat kerana demam dek cuaca yang sangat panas sekarang. Moga2 FnF dapat menerapkan amalan ke masjid sampai lah mereka besar kelak... Aminnnnn.Yang pasti bila berada di kampung suasana yang sunyi akan terus menyelubungi malam sehinggalah menjelangnya siang.

Istimewanya di depan rumah embah ada sebuah Tadika Pasti Al-Huda yang sudah puluhan tahun di jalankan. Dari sekolah kayu sehinggalah sekarang separuh batu separuh kayu. Dek kerana penghijrahan anak2 muda kampung ke kota, pendaftaran kanak2 ke tadika itu amat sedikit sekali. Akan tetapi pembelajaran yang di terima lebih baik kerana tumpuan kepada anak2 lebih lagi.Sesungguhnya yang sedikit itu lebih baik dari yang banyak kerana ilmu yang disampaikan akan lebih telus. Moga FnF akan terus manfaatkan apa ilmu yang diberikan. Aminn..

No comments: