Tentang kami

Tentang kami

Monday, April 26, 2010

Daftar Sekolah Tahun 1 Untuk Faris...

Wah, tak sangka betul ibu, masa yg cepat berlalu dan tanpa disedari faris dah pun membesar dan semalam baru mendaftarkan sekolah tahun 1 secara online. tanpa disedari juga ayah dan ibu meningkat usia... dulu masa sekolah2 ibu dan kawan2 mengira usia kalau tahun 2020 kitaorg akan menjangkau umur 41 tahun... masyallah lagi 10 tahun akan sampailah tahun 2020, itupun kalau dipanjangkan umur olehnya....

berbalik pada cerita faris tadi, smlm selepas mendaftar secara online, ayah membawa terus melihat sekolah rendah yang terletak di cyberjaya iaitu berhadapan dengan MMU tpt kerja ayah. senang ayah nak menjenguk faris jika ada masalah, tpt keje ibu jauh sgt nak dibandingkan dgn cyberjaya... tapi apa2 pun semua terletak pada usaha faris untuk mencari ilmu supaya harapan ayah dan ibu untuk melihat hero2 berjaya. dari sekarang faris sentiasa kene di beri semangat untuk teruskan usaha untuk pergi ke sekolah kerana tahun ini faris dah mula di latih bangun pagi, ini kerana tadika mengkehendaki murid2nya masuk pada jam 8 pagi...

ayah dan ibu lah kene byk bersabar kerana bukan mudah untuk mengejutkan faris dan fatih sedari jam 7 pagi hinggalah mereka dapat bersiap lengkap dengan uniform sekolahnya...kadang2 hampir 1 jam nak memberi semangat bangun pagi dan betul2 menguji ayah dan ibu kerana masa yg terhad untuk di kejar... mana nak mengejut bangun, seterusnya mandi dan bersiap dan nak menghantar ke sekolah dan menepati masa untuk ke tempat kerja...semua menguji minda untuk menyusun waktu supaya tidak terlewat untuk ke tempat kerja....

apapun faris dan fatih sgt2 memberi kerjasama yg baik pada ayah dan ibu, kerana walaupun skrg ada masa terlewat dan ada masa nya tepat tapi apapun mereka mengerti apa yg akan ditempuhi di masa akan datang... SEMOGA ANAK2 AYAH DAN IBU NI MENJADI ANAK2 YG SOLEH.... BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT... AAMMIINNN.....

No comments: