Tentang kami

Tentang kami

Thursday, April 8, 2010

cahaya mata penyambung kasih sayang dalam rumahtangga....

MUHAMMAD FARIS ZAQWAN & MUHAMMAD FATIH ZIYAD.....

inilah 2 nama anak2 yang selalu membuat ibu gembira tatkala hati mencari ketenangan selepas seharian penat bekerja. tawa dan tangis mereka seperti pengubat yang tidak boleh di nilai dengan apa2. pernah juga terdetik hati ini berkata kadang2 dengan kemarahan lah boleh melepaskan geram dan segala terbuku di hati tetapi bila di fikirkan sedalamnya ia adalah satu perasaan yang sangat buruk kerana segala apa yang kita lakukan akan menjadi bahan rujukan untuk anak2 ikuti...

berbalik pada anak2ku yang selalu mencuit hati, faris dari sejak azalinya seorang yang sgt peka. mana tidaknya ada satu masa di sebuah stesen petronas berdekatan rumah sementara kami, di melihat seorang uncle yang mana ada sedikit kekurangan di bahagian matanya. ketika itu ayah yg membawa dan tak terlintas faris akan mengeluarkan kata2 sebegitu... lalu faris pun berkata tatkala selepas uncle tu keluar dari pintu petronas " ayah.. ayah.. kenapa mata uncle tu mcm tu"... subhanallah.. ayah terpaksa menebalkan muka untuk cepat2 membayar dan segera keluar dari petronas... apabila masuk kereta ayah pun berkata..."lain kali faris jgn cakap mcm tu tau, tak elok.. sian uncle tu, mata dia juling"... dengan ikhlas faris pun menjawab.. " ooo ye ehh ayah, okay".... tapi apa lah yg dapat difikirkan anak2 seusianya. apabila satu hari di stesen petronas di cyberjaya bersama ibu plak ketika itu, setibanya di situ dapatlah parking kereta betul2 depan pintu masuk petronas. ketika ibu baru nak matikan enjin kereta, tiba2 faris berkata "ibu...ibu... perut dia ada baby eehhh"... haha nak tergelak pun ada dalam hati ni, mana tak nya org yang ditanya tu adalah seorang lelaki iran yang mempunyai perut yang buncit melepasi tahap yg mendukacitakan..... waduh2 anak ini, nasib baik tak keluar kereta lagi.... lantas ibu pun cepat2 memberi ulasan...menerangkan bahawasanya hanya org perempuan shj boleh ada baby, kalau org lelaki tu dia lebih makan sbb tu dia ada perut buncit..... hahahaha...

itulah faris yang mana tidak boleh melihat sesuatu yang pelik dan akan terus bertanya mengapa,kenapa,macam mana dan berbagai2 persoalan yang harus ibu dan ayah menambah ilmu dan berhati2 dengan jawapan yang nak diberikan.

No comments: