Tentang kami

Tentang kami

Tuesday, May 26, 2009

BALIK KAMPUNG BP JAP (24/5)..... ADA KENDURI

kali ini kisahnya balik kampung Batu Pahat yang terlalu singkat setelah 2 bulan tak pulang kerana ada kenduri. FnF kalau dengar nak balik kampung mmg mereka lah orang yang paling gembira tak terkata. sbb utama adalah dapat berjumpa atuk dan nenek...sebelum tu pada hari khamis sempat berjumpa embah lanang & wedok kat bangi umah pak ngah sbb nak hantar cik awal masuk uitm shah alam.....

perjalanan ke kampung bermula jam 1 tgh hari... dan disusuli ibu yang kene selesaikan masalah kerja dahulu... pada pukul 4.30 ptg perjalanan pulang ke kampung di mulakan dr tol nilai...
rasa nak tergelak mendengar keletah Faris ni, sebabnya bila tiba di kebanyakan pokok kelapa sawit dia bertanya kepada ayahnya..."ayah...ayah... kenapa pokok tu kecik bawah atas besar"... (tapi Faris bertanya dengan gerak tangannya sahaja)... tergelak sakan dalam hati ayah dan ibu ni. yg sebenarnya ayah ibu tak tau nak terang mcm mana.... tapi seboleh-boleh kita kene jelaskan juga kenapa pokok menjadi seperti tu... ayah mulakan penerangan kenapa terjadinya pokok seperti itu berkali-kali sehinggalah Faris berpuas hati dengan jawapan ayah....(dari sekarang ayah ibu kene buka buka sain semula sbb Faris dah memulakan langkah di dalam otaknya untuk bertanya soalan2 yang merangsang dan membina mindanya...(Fatih masih dgn bahasanya yg dia sendiri faham dan soalan paling serasi dgn Fatih adalah "ane bu...ane bu"... maknanya nak pergi mana ibu)...hehehehe anak2...

dalam melayan kerenah Faris tak sedar perjalanan pun sampai ke rumah nenek... macam biasa lah kalau balik nenek mesti dah tersedia asam pedas ikan merah... huh mavvvvelouseeeyyy....

nak di pendekkan cerita, ni masa nak balik semula ke seri kembangan... setelah penat meriuhkan rumah nenek sehari, waktu magrib di sana dah pun gelap... tiba2 waktu nenek tengah menjamu makanan Faris tak semena2 menanyakan soalan pada nenek...."nenek...nenek...tadi siang sekarang dah malam.. siang pergi mana nenek....."...hahahahahaha dengan gelak yang besar semua orang ketawa sampai nenek terbehenti makan tak tahan dan tak tau nak jawap soalan Faris tu.... nenek pun berkata.... "cik usu terangkan pada faris ni siang pergi mana...." cik usu pun dengan kepakaran yg ada dalam bidang sains ni pun memulakan jawapan... " Faris nak tau siang pergi mana"... faris pun mengangukkan kepala.... kita ni tinggal di bumi yang mana ia berpusing, bila tiba dekat dgn matahari waktu akan menjadi siang dan kalau matahari jauh dari kita akan terjadinya malam..... huh!!!!!! mmg tak di sangka soalan Faris mmg menguji minda... (yelah ayah ibu dah lama tinggalkan zaman sekolah... banyak benda dah lupa.....) hehehehe...

Akhirnya, sewaktu perjalanan pulang FnF terus tertidur setelah sehari penat bermain dan tidak ingat berehat.....hinggalah sampai di rumah pada pukul 11.30 mlm... Meneruskan tidur kerana esok nak menyambung kerja (ayah ibu).....

No comments: