Tentang kami

Tentang kami

Wednesday, May 20, 2009

16 MAY.... HARI GURU DI SCHOOL FnF....

dekat 2 minggu tak buka blog ni banyak pula nak diceritakan.sempena hari guru pada 16 may 2009 yang lepas, pihak taska FnF mengkehendaki semua anak2 memakai pakaian kemeja bagi lelaki dan kurung bagi perempuan. nak dijadikan cerita pagi jumaat tu FnF bangun lah tido jam 7.15 pagi dan ketika itu ibu dah siapkan baju kemeja masing2 yang telah di gosok dan tersusun rapi di atas sofa, entah kenapa agaknya angin si faris pada pagi tu dia pun baling baju tu ke lantai...(angin kus2 dah datang)...hehehee.. kiranya memberontak lah tak mahu pakai baju kemeja tu. Fatih pula steady jer dengan gahnya siap dengan pakaian yang kemas dan macho. bila di pujuk2 dan ada ketika tangan ibu pun seringan angin kena lah piat sekali... (mengejar masa nak ke tempat kerja lagi)...heehehee... akhirnya kemeja siap di pakai oleh Faris..

waktu itu ayah membawa FnF dulu ke taska sbb ibu terpaksa bersiap lambat angkara angin Faris yang tiba2....bertukar.....(mcm ultraman pula)....bila tibanya di taska ibu nak menghantar beg FnF dan sedikit juadah terlihat lah Fatih dengan gembiranya ketawa bersama kawan2 yang lain, tapi berlainan pula Faris waktu tu duduk diam di atas kerusi macam malu2 kucing...(rupa2nya cikgu nya kata dia malu)....(kadang2 bila di lihat jiwa anak2 ni sungguh halus kan)....kadang2 tak boleh di tegur dan kadang2 bila kita cakap tu pantas saja di buat....hehehehe... (macam tu agaknya kita dulu....hhehehehe).

waktu petang semasa mengambil FnF di taska, perasaan ceria tergambar di raut wajah FnF (terutama Faris sbb dah pandai bercakap). rupa2nya tadi Faris buat persembahan menyanyi untuk cikgu2nya, dan dapat sebungkus makanan (terdapat coklat,gula dan sumi)....kira kalau upah untuk anak2 mmg itu lah yang paling senang untuk mengembirakan mereka...perasaan gembira itu di kongsi bersama ibu dan ayah yang terus melayan sehingga mata pun terlelap....

SEKIAN....

No comments: