Tentang kami

Tentang kami

Monday, July 26, 2010

Faris Sakit Gigi Kembali........

Petang semalam sewaktu balik dari tadika Muhammad Faris Zaqwan menangis menahan sakit gigi yang amat. Sewaktu ambil dari tadika badan panas semacam, ingatkan demam biasa rupanya demam sakit gigi.. Apa lagi tiba di rumah menangis bagai di cubit2.. Gusi bengkak yang membuatkan kesakitan yang lagi terasa. Sewaktu menunggu ibu balik dari membeli ubat sakit gigi, ayah menyapu minyak cap kapak ke kawasan gigi yang sakit, 5 minit kemudian menampakkan kesannya apabila kesakitan yang amat tadi hilang sedikit demi sedikit... Selepas ayah nampak Faris dah berhenti menangis lantas menyuruhnya mandi untuk mengurangkan tekanan sakit tadi... hehehee ayah kesian pula melihat keadaan Faris tadi.

Nak dijadikan cerita selepas sahaja mandi ibu pun sampai dari membeli ubat sakit gigi dan kelakarnya Faris dan Fatih sedang menyanyikan lagu yang dipelajari oleh kawan Fatih namanya Sarah. Tapi yang pelik lagu yang bukan2 senang saja nak diingatnya...hehehe lawak pun ada lagu ni .. lebih dan kurang macam nih lah " den den den aladin, naik motor tak ada lesen nak kawin tak ada cincin, siapa yang nak jadi otromen".... aduhhhhhh tergamam gak lah ibu ngan ayah... saling berpandangan apabila lagu tu diulang2.... ingatkan lagu nasyid ke yg dipelajari di tadika... bila mana di tanya lagu apa tu, lantas faris menjawab... " tah tak tau, kawan adik ajar".... eeemmm dengan perlahan ibu pun kata " janganlah nyanyi lagi tak elok lah, nyanyi lah nasyid yang cikgu ajar".... hehehe pelik tapi benar bagaimana anak2berumur 3 tahun boleh menyanyikan lagu2 yang sebegitu.... bila didengar semula lirik nyanyian tadi semua kisah yang tak elok, ye lah naik motor tak ada lesen, nak kawin tak ada cincin..... hehehehehe sungguh mengelikan hati tapi dalam pada itu kita sebagai ibu bapa kenelah peka apa yang anak2 lakukan dan apa yang difikir kerana sedikit sebanyak pengaruh dari kecil lagi buruk kesannya dari orang dewasa kalau tidak di tanggani dari awal.

Semoga anak2 ibu menjadi anak yang soleh.... Amin.

Wednesday, July 7, 2010

Fatih Dalam Gundah Hari Ni......

Pagi ni macam biasa Faris bangun seawal 6.45 pagi dan terus menggeliat bagaikan sotong paul piala dunia ( dalam menggeliat ada goyangkan tangan... kah3 ), berjalan ke arah bilik air untuk mandi. Setelah siap berpakaian seragam school, adik masih lagi dalam situasi terbangak2 landing baik punya di atas tilam... Bila mana ayah pun siap untuk menghantar Fatih masih terdiam dan terbaring tak mahu mandi. Ayah pun tanya Fatih " Fatih... ayah nak pergi dah nih...nak pergi dgn ayah ke ibu.." Fatih pun menjawab " ibu "..... dalam hati ibu, ni mesti menangis punya ni.. Fatih mana boleh rengang dgn ayah... Ayah dan Abang pun beredar keluar rumah selepas bersalaman dgn ibu dan adik Fatih.

Selang 5 minit ibu pun suruh Fatih mandi dan bersiap dgn pakaian seragamnya.. Dan selepas mandi mood Fatih berubah tak mahu pakai baju. Ibu dah rasa akan terjadi juga mood dia nih. Lantas Fatih pun berkata kepada ibu " Ibu ayah mana"... aik hairan betul Fatih nih padahal dia dah bersalaman dgn ayah tadi, boleh dia tanya lagi. Disebabkan ibu tak nak marah2 lantas ibu pun menjawab " ayah dah pergi keje, tadi kan fatih salam ngan ayah".... memang sah akan berpanjangan lah nih kalau soalan tu yg kuar dari mulut MUHAMMAD FATIH ZIYAD...

Tak habis dgn soalan tadi Fatih terus menangis nak ayah jugak.... "ibu, ayah mana "... dengan pantas ibu terus mengambil telefon menekan nombor ayah dan terus bagi kepada Fatih... Ibu pun berlalu unt ke bilik air. Tak lama kemudian ibu keluar dari bilik air, tgk2 Fatih melalak dengan kuatnya... Keluar je bilik tgk telefon ibu dah terbarai, ni mesti di balingnya telefon ibu... rupa2nya marahkan ayah sbb bila dia tanya ayah kat mana, ayah jwb " ayah kat tempat keje lah"... yg bestnya sempat plak fatih balas " ayah busuk".. kah3.... marah punya pasal ayah di kata busuk...

Lastly, bila 8.30 pun Fatih masih bercelaru, ibu pun mendapat idea dgn mengajak Fatih membeli gula2 sugus (umpanan yg biasa berkesan). Dengan tiada alasan Fatih segera bangun dan keluar terus. Huh... berapa lama nak memujuk si Fatih buah hati ibu nih... tapi sebelum keluar tadi sempat dia kata " ibu busuk "... hehe kerana sebelum ibu ajak beli gula, ibu kata nak tinggalkan Fatih kat rumah sorang2. hehehe.... hai Fatih2... mengada2 makin menjadi2 bila baik dari demam...

Setibanya di tadika dalam keadaan steady jek dia terus turun dari kereta kerana nak cover air mata tadi yang bergelinangan..... Ibu meneruskan perjalanan ke tempat kerja dengan gelak sendiri kerana teringatkan semula apa telatah Fatih yang dah di buat tadi.....

Fatih....Fatih....

Sunday, June 27, 2010

Hari Minggu Di Sungai Congkak....



Hari minggu kali ini FnF di bawa ayah dan ibu ke Sungai Congkak kerana pada minggu ini masa ayah terluang dek tiada kelas yang perlu dihadiri. Semangat pagi sabtu di mulakan dengan kebangkitan awal Faris pada jam 6.30 pagi. Pesanan ibu amat2 berguna kerana malam tadi sebelum tido FnF dah pun menerima arahan dari ibu supaya bangun awal untuk cepat2 bergerak ke Air Terjun. Seperti yang dijangka setelah siap ibu membungkus semua persiapan termasuk sarapan pagi iaitu nasi lemak yang telah dimasak, kami pun bergerak jam 8.15 pagi terus menuju ke destinasi yang hendak di tuju.

Dengan perasaan yang berkobar2 untuk bermandi manda di air terjun dan tanpa bersarapan FnF terus menuju ke arah air yang sedang mengalir. Lalu ibu pun memanggil semula FnF untuk bersarapan dahulu.Selesai makan FnF pun turun bersama ayah untuk memulakan mandi manda. Tergelak juga lah ibu melihat telatah mereka bertiga, kerana kesejukan air sungai itu. Selama 2 jam berendam ibu melihat fatih dah terlalu kesejukan sampaikan badan menggigil menahannya.

Selang beberapa minit 3F naik ke atas untuk menyalin pakaian kerana tidak tahan dengan sejuk yang teramat. Sesudah semua menyalin pakaian ibu pun berkemas segala bekalan kerana ayah nak meneruskan perjalanan ke Putrajaya menyaksikan pertandingan kapal control, tapi hanya seketika sahaja kerana cuaca yang amat panas menghadkan kami untuk terus bersantai.

Setelah satu hari diisi dengan aktiviti riadah, kami pun pulang dengan keletihan. Tiba2 Faris pun bersuara " Ibu ayah nanti kita pergi lagi, best lah mandi"...haha ibu macam tak percaya bila mana faris dah mula menyukai air tak kira air kolam, sungai, laut dan tidak lupa bilik air di rumah nih... Insyaallah kalau dipanjangkan umur boleh kita pergi lagi. Aminnn...

Saturday, June 26, 2010

Bercuti Di Batu Pahat....















Lama rasanya tak update blog anak-anak dek kesibukan kerja yang tak pernah habis. Baru-baru ni ibu dan ayah mengambil cuti sempena cuti sekolah pertengahan tahun untuk menghabiskan masa bersama FnF balik ke kampung ibu di Batu Pahat setelah 3 bulan tidak pulang menziarahi nenek dan atuk.Kali ini kami pulang pada jumaat malam 11 June 2010 selepas habis kerja kerana keesokan harinya ada kenduri di rumah makcik ibu iaitu perkahwinan Ainuddin (anak bongsu). Sempat juga kami singgah ke melaka untuk makan malam menikmati ikan bakar di alai (port biasa), kerana tak sah kalau balik ke BP kalau tak jumpa ikan bakar dulu.... Mak Long dan Mak Ngah pun balik pada malam yg sama cuma kami tidak berkonvoi dan masing2 balik mengikut masa yang berlainan.

Tepat pukul 12 malam kami pun tiba di rumah atuk dan nenek dan seperti biasa mereka akan tetap menunggu kami walaupun jam telah memasuki 12 .30 mlm 12 June 2010. Masing2 belum tidur kerana perasaan yang sgt gembira semua keluarga berkumpul. Kepulangan kali ini kami dah ada bilik sendiri bila mana atuk telah mengubahsuai rumah untuk menambah lagi bilik bagi keselesaan anak2 dan cucu2. Tapi apakan daya mata ini dah tak larat untuk bertahan dan jam 1.30 pagi masing2 terus melelapkan mata menghilangkan penat dan keletihan yang teramat.

Keheningan pagi di sambut oleh kokokan ayam terasa sungguh terpesona kerana jarang kami menikmatinya di bandar yang besar. Cucu2 nenek dan atuk yang berjumlah 11 org semua ada dan tak dapat nak di kata bagaimana riuh rendahnya suasana bila mana semua berkumpul terutama FnF dengan abg amir,amar,Fais dan fikri. Kalau nak dikira dekat 10 kali kain alas meja atuk tercampak ke sana dan ke mari dan paling senang nak urus kain, bunga dan segala yg boleh rosak ibu terus simpan di atas almari. Pagi yang sungguh seronok bila bersarapan bersama ahli keluarga dan kali ini bila dikira semula ada 22 org yang berada di rumah nenek. Betapa ramainya sehingga cik usu lah org yang jadi warden di rumah kerana mengawasi tingkah laku anak2 sedara yg pelbagai.

Setelah 2 hari berada di rumah nenek dan segala aktiviti telah dilakukan ibu terfikir apa lagi aktiviti yang menarik boleh dilakukan, dan tergerak hati untuk membawa semua anak2 sedara ke Wet World Batu Pahat. Di situ lah tempat riadah yang lama tidak dikunjungi dan satu2nya tempat yg menarik untuk anak2 kecil. Perancangan rapi telah dilakukan bersama cik usu untuk membawa 18 org ke Wet World. Tak termasuk cik nuar dan atuk kerana ada kerja yang harus dilkakukan. Mak long dan Along Din telah pulang ke Putrajaya malam tadi kerana hari ini kerja mcm biasa. Kami pun pergi dengan 3 buah kereta. Tiba di sana pada jam 10.15 pagi dan mmg kebetulan dibuka pada pukul 10 pagi masing2 dengan perasaan teruja terus menyalin pakaian untuk berendam di air. Pesanan telah di beri kepada setiap anak2 sedara yang ada untuk berhati2 kerana dalam keseronokan kita harus beringat untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini berlaku.

Wednesday, June 2, 2010

Faris n Fatih Berhujung Minggu Di Perak......

Ketika tiba saja waktu cuti FnF akan bertanya " cuti2 kita gi mana ibu/ayah " persoalan yang sering ditanyakan. Dan pada penghujung bulan May ini kami sekeluarga meluangkan masa untuk pulang ke kampung di Perak. Satu perkara yang FnF suka bila balik ke kampung adalah dapat menaiki motor bersama embah lanang. Hehe... mana tak nya dapat pergi ke kedai runcit yang ada di depan kampung dan byk pilihan jajan yang nak di beli.

Ada saja keletah FnF bilamana sepupunya pun pulang sekali iaitu Kak Kauthar. Sepanjang hari di rumah embah tidak mematikan semangat Fnf untuk terus bermain sbb waktu tu lah mereka nak manfaatkan waktu untuk tidak berhenti selagi tidak penat. Dari pagi bangun celik mata terus pergi mandi dan bila tiba waktu sarapan masing2 duduk mengadap dan bersarapan bersama. Ketika sedang menikmati sarapan pagi, Faris memerhatikan saja apa yang sedang makciknya lakukan.. Dan mungkin ternampak makciknya sedang minum berdiri, dengan selamba Faris berkata " tak eloklah minum berdiri kawan syaitan " semua tergelak kecil mendengar apa yang diperkatakan oleh Faris tadi. Itu adalah salah satu ilmu yang dapat diterapkan dalam diri anak2 di tadika 3P (sungguh berkesan). Etika yang harus diteruskan dan diterap ke dalam diri anak2 sekarang kerana zaman semakin canggih dan ikutan yang tidak sihat juga senang dipengaruhi...

Satu perkara yang FnF selalu lakukan adalah mengikut ayah ke masjid yang berdekatan dengan rumah embah. Kebiasaan embah akan menjadi imam setiap waktu akan tetapi embah tidak berapa sihat kerana demam dek cuaca yang sangat panas sekarang. Moga2 FnF dapat menerapkan amalan ke masjid sampai lah mereka besar kelak... Aminnnnn.Yang pasti bila berada di kampung suasana yang sunyi akan terus menyelubungi malam sehinggalah menjelangnya siang.

Istimewanya di depan rumah embah ada sebuah Tadika Pasti Al-Huda yang sudah puluhan tahun di jalankan. Dari sekolah kayu sehinggalah sekarang separuh batu separuh kayu. Dek kerana penghijrahan anak2 muda kampung ke kota, pendaftaran kanak2 ke tadika itu amat sedikit sekali. Akan tetapi pembelajaran yang di terima lebih baik kerana tumpuan kepada anak2 lebih lagi.Sesungguhnya yang sedikit itu lebih baik dari yang banyak kerana ilmu yang disampaikan akan lebih telus. Moga FnF akan terus manfaatkan apa ilmu yang diberikan. Aminn..

Friday, May 21, 2010

Terima Kasih Cikgu..... (3P)

Terima kasih yang teramat sangat kepada para cikgu yang mengajar di Tadika Pasti Putra Permai. Sesungguhnya gabungan cikgu2 yang ada banyak mengajar FnF erti ilmu yang harus difahami. Terharu rasanya bila mana baru 2 bulan ke Tadika baru Faris dan Fatih sudah pun memahami apa itu Wahidun,isnani,salasatu sehinggalah asharatun. Tetapi Fatih masih dengan nada pelatnya lah dan bila mana setiap apa yang dilakukan di rumah mulut FnF tidak lekang dari menyebut semua doa dan pelajaran yang dipelajarinya.

Hari ini selesai sudah kesemua 10 subjek periksa Faris dan bila mana semalam Cikgu Hanum beri tahu Faris dapat markah penuh dalam matapelajaran matematik... Wah nampaknya Faris nak mengikut jejak langkah ibu untuk menguasai semua pelajaran kira2... hehe ibu kalau bab membaca kurang minat sikit sbb membaca harus memberi tumpuan yang lebih dan pemahaman yg sangat baik. Harap2nya apa pun yang dipelajari dapat di fahami dengan sepenuhnya.

Terima Kasih sekali lagi kepada Para Guru 3P iaitu Cikgu Hasnah, Cikgu Hasnida, Cikgu Hanum, Cikgu Lin dan Cikgu Jamnah dengan bimbingan anda semua dapat memberi impak positif kepada Faris dan Fatih. Semoga ilmu yang dicurahkan akan memberi banyak manfaat kepada semua anak2 didik di Pasti Putra Permai. Syukran.

Sekian.

Berakhir Peperiksaan Faris....

Hari ini jumaat 21 Mei 2010, berakhirlah penantian Faris untuk menamatkan periksa di tadikanya dimana setelah seminggu di kuarantin dari melihat televisyen supaya dapat menumpukan pada buku2 yg cikgu bekalkan untuk diulangkaji. Terfikir juga di kotak fikiran ibu nih yang mana anak berusia 5 tahun sudah pun menghadapi periksa sebanyak 10 subjek.... hehe terasa mcm periksa PMR ibu dulu plak ada 10 subjek untuk mencapai tahap cemerlang.... tapi dapat dilihat dari reaksi Muhammad Faris Zaqwan, bahawasanya apa yg cikgu2 3P pesan dari awal hendak menghadapi periksa sangat memberangsangkan.Ternyata ibu sangat teruja dengan perkembangan anak2 ibu yang dah boleh menulis,mengira dan mengenal huruf ABC, alif ba ta, 1,2,3 dan juga wahidun isnani salasatun.

Setakat ke hari ini Muhammad Faris Zaqwan dapat menghafal semua niat solat dan surah2untuk menunaikan solat cuma kene mengambil masa untuk Faris betul2 cukup solat 5 waktu kerana sekarang dia akan mengikut ayah dan ibu solat bila mood elok. Mudah mudahan lagi 2 tahun dia dapat tahu bahawasanya solat itu wajib dilakukan dan tiang agama untuk orang2 islam. Tidak ketinggalan juga adik yg sedikit sebanyak suka mengikut apa yang abang lakukan dan ada sebahagian doa yg boleh di baca dalam nada pelatnya. Sedikit masa untuk memberi Fatih lebih pengajaran kerana sekarang umurnya baru mencecah 3 tahun, syukran dia sudah ada pendedahan untuk menunaikan perkara yang wajib dilaksanakan.

Semoga FnF memahami apa yang di beri pengajaran di tadika 3P untuk bekalan di sekolah yang penuh cabaran supaya tidak mudah terpengaruh dengan ansir2 yang tidak sihat... AMIN...