Tentang kami

Tentang kami

Saturday, June 26, 2010

Bercuti Di Batu Pahat....















Lama rasanya tak update blog anak-anak dek kesibukan kerja yang tak pernah habis. Baru-baru ni ibu dan ayah mengambil cuti sempena cuti sekolah pertengahan tahun untuk menghabiskan masa bersama FnF balik ke kampung ibu di Batu Pahat setelah 3 bulan tidak pulang menziarahi nenek dan atuk.Kali ini kami pulang pada jumaat malam 11 June 2010 selepas habis kerja kerana keesokan harinya ada kenduri di rumah makcik ibu iaitu perkahwinan Ainuddin (anak bongsu). Sempat juga kami singgah ke melaka untuk makan malam menikmati ikan bakar di alai (port biasa), kerana tak sah kalau balik ke BP kalau tak jumpa ikan bakar dulu.... Mak Long dan Mak Ngah pun balik pada malam yg sama cuma kami tidak berkonvoi dan masing2 balik mengikut masa yang berlainan.

Tepat pukul 12 malam kami pun tiba di rumah atuk dan nenek dan seperti biasa mereka akan tetap menunggu kami walaupun jam telah memasuki 12 .30 mlm 12 June 2010. Masing2 belum tidur kerana perasaan yang sgt gembira semua keluarga berkumpul. Kepulangan kali ini kami dah ada bilik sendiri bila mana atuk telah mengubahsuai rumah untuk menambah lagi bilik bagi keselesaan anak2 dan cucu2. Tapi apakan daya mata ini dah tak larat untuk bertahan dan jam 1.30 pagi masing2 terus melelapkan mata menghilangkan penat dan keletihan yang teramat.

Keheningan pagi di sambut oleh kokokan ayam terasa sungguh terpesona kerana jarang kami menikmatinya di bandar yang besar. Cucu2 nenek dan atuk yang berjumlah 11 org semua ada dan tak dapat nak di kata bagaimana riuh rendahnya suasana bila mana semua berkumpul terutama FnF dengan abg amir,amar,Fais dan fikri. Kalau nak dikira dekat 10 kali kain alas meja atuk tercampak ke sana dan ke mari dan paling senang nak urus kain, bunga dan segala yg boleh rosak ibu terus simpan di atas almari. Pagi yang sungguh seronok bila bersarapan bersama ahli keluarga dan kali ini bila dikira semula ada 22 org yang berada di rumah nenek. Betapa ramainya sehingga cik usu lah org yang jadi warden di rumah kerana mengawasi tingkah laku anak2 sedara yg pelbagai.

Setelah 2 hari berada di rumah nenek dan segala aktiviti telah dilakukan ibu terfikir apa lagi aktiviti yang menarik boleh dilakukan, dan tergerak hati untuk membawa semua anak2 sedara ke Wet World Batu Pahat. Di situ lah tempat riadah yang lama tidak dikunjungi dan satu2nya tempat yg menarik untuk anak2 kecil. Perancangan rapi telah dilakukan bersama cik usu untuk membawa 18 org ke Wet World. Tak termasuk cik nuar dan atuk kerana ada kerja yang harus dilkakukan. Mak long dan Along Din telah pulang ke Putrajaya malam tadi kerana hari ini kerja mcm biasa. Kami pun pergi dengan 3 buah kereta. Tiba di sana pada jam 10.15 pagi dan mmg kebetulan dibuka pada pukul 10 pagi masing2 dengan perasaan teruja terus menyalin pakaian untuk berendam di air. Pesanan telah di beri kepada setiap anak2 sedara yang ada untuk berhati2 kerana dalam keseronokan kita harus beringat untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini berlaku.

Wednesday, June 2, 2010

Faris n Fatih Berhujung Minggu Di Perak......

Ketika tiba saja waktu cuti FnF akan bertanya " cuti2 kita gi mana ibu/ayah " persoalan yang sering ditanyakan. Dan pada penghujung bulan May ini kami sekeluarga meluangkan masa untuk pulang ke kampung di Perak. Satu perkara yang FnF suka bila balik ke kampung adalah dapat menaiki motor bersama embah lanang. Hehe... mana tak nya dapat pergi ke kedai runcit yang ada di depan kampung dan byk pilihan jajan yang nak di beli.

Ada saja keletah FnF bilamana sepupunya pun pulang sekali iaitu Kak Kauthar. Sepanjang hari di rumah embah tidak mematikan semangat Fnf untuk terus bermain sbb waktu tu lah mereka nak manfaatkan waktu untuk tidak berhenti selagi tidak penat. Dari pagi bangun celik mata terus pergi mandi dan bila tiba waktu sarapan masing2 duduk mengadap dan bersarapan bersama. Ketika sedang menikmati sarapan pagi, Faris memerhatikan saja apa yang sedang makciknya lakukan.. Dan mungkin ternampak makciknya sedang minum berdiri, dengan selamba Faris berkata " tak eloklah minum berdiri kawan syaitan " semua tergelak kecil mendengar apa yang diperkatakan oleh Faris tadi. Itu adalah salah satu ilmu yang dapat diterapkan dalam diri anak2 di tadika 3P (sungguh berkesan). Etika yang harus diteruskan dan diterap ke dalam diri anak2 sekarang kerana zaman semakin canggih dan ikutan yang tidak sihat juga senang dipengaruhi...

Satu perkara yang FnF selalu lakukan adalah mengikut ayah ke masjid yang berdekatan dengan rumah embah. Kebiasaan embah akan menjadi imam setiap waktu akan tetapi embah tidak berapa sihat kerana demam dek cuaca yang sangat panas sekarang. Moga2 FnF dapat menerapkan amalan ke masjid sampai lah mereka besar kelak... Aminnnnn.Yang pasti bila berada di kampung suasana yang sunyi akan terus menyelubungi malam sehinggalah menjelangnya siang.

Istimewanya di depan rumah embah ada sebuah Tadika Pasti Al-Huda yang sudah puluhan tahun di jalankan. Dari sekolah kayu sehinggalah sekarang separuh batu separuh kayu. Dek kerana penghijrahan anak2 muda kampung ke kota, pendaftaran kanak2 ke tadika itu amat sedikit sekali. Akan tetapi pembelajaran yang di terima lebih baik kerana tumpuan kepada anak2 lebih lagi.Sesungguhnya yang sedikit itu lebih baik dari yang banyak kerana ilmu yang disampaikan akan lebih telus. Moga FnF akan terus manfaatkan apa ilmu yang diberikan. Aminn..

Friday, May 21, 2010

Terima Kasih Cikgu..... (3P)

Terima kasih yang teramat sangat kepada para cikgu yang mengajar di Tadika Pasti Putra Permai. Sesungguhnya gabungan cikgu2 yang ada banyak mengajar FnF erti ilmu yang harus difahami. Terharu rasanya bila mana baru 2 bulan ke Tadika baru Faris dan Fatih sudah pun memahami apa itu Wahidun,isnani,salasatu sehinggalah asharatun. Tetapi Fatih masih dengan nada pelatnya lah dan bila mana setiap apa yang dilakukan di rumah mulut FnF tidak lekang dari menyebut semua doa dan pelajaran yang dipelajarinya.

Hari ini selesai sudah kesemua 10 subjek periksa Faris dan bila mana semalam Cikgu Hanum beri tahu Faris dapat markah penuh dalam matapelajaran matematik... Wah nampaknya Faris nak mengikut jejak langkah ibu untuk menguasai semua pelajaran kira2... hehe ibu kalau bab membaca kurang minat sikit sbb membaca harus memberi tumpuan yang lebih dan pemahaman yg sangat baik. Harap2nya apa pun yang dipelajari dapat di fahami dengan sepenuhnya.

Terima Kasih sekali lagi kepada Para Guru 3P iaitu Cikgu Hasnah, Cikgu Hasnida, Cikgu Hanum, Cikgu Lin dan Cikgu Jamnah dengan bimbingan anda semua dapat memberi impak positif kepada Faris dan Fatih. Semoga ilmu yang dicurahkan akan memberi banyak manfaat kepada semua anak2 didik di Pasti Putra Permai. Syukran.

Sekian.

Berakhir Peperiksaan Faris....

Hari ini jumaat 21 Mei 2010, berakhirlah penantian Faris untuk menamatkan periksa di tadikanya dimana setelah seminggu di kuarantin dari melihat televisyen supaya dapat menumpukan pada buku2 yg cikgu bekalkan untuk diulangkaji. Terfikir juga di kotak fikiran ibu nih yang mana anak berusia 5 tahun sudah pun menghadapi periksa sebanyak 10 subjek.... hehe terasa mcm periksa PMR ibu dulu plak ada 10 subjek untuk mencapai tahap cemerlang.... tapi dapat dilihat dari reaksi Muhammad Faris Zaqwan, bahawasanya apa yg cikgu2 3P pesan dari awal hendak menghadapi periksa sangat memberangsangkan.Ternyata ibu sangat teruja dengan perkembangan anak2 ibu yang dah boleh menulis,mengira dan mengenal huruf ABC, alif ba ta, 1,2,3 dan juga wahidun isnani salasatun.

Setakat ke hari ini Muhammad Faris Zaqwan dapat menghafal semua niat solat dan surah2untuk menunaikan solat cuma kene mengambil masa untuk Faris betul2 cukup solat 5 waktu kerana sekarang dia akan mengikut ayah dan ibu solat bila mood elok. Mudah mudahan lagi 2 tahun dia dapat tahu bahawasanya solat itu wajib dilakukan dan tiang agama untuk orang2 islam. Tidak ketinggalan juga adik yg sedikit sebanyak suka mengikut apa yang abang lakukan dan ada sebahagian doa yg boleh di baca dalam nada pelatnya. Sedikit masa untuk memberi Fatih lebih pengajaran kerana sekarang umurnya baru mencecah 3 tahun, syukran dia sudah ada pendedahan untuk menunaikan perkara yang wajib dilaksanakan.

Semoga FnF memahami apa yang di beri pengajaran di tadika 3P untuk bekalan di sekolah yang penuh cabaran supaya tidak mudah terpengaruh dengan ansir2 yang tidak sihat... AMIN...

Monday, May 10, 2010

Faris n Fatih Demam Melanda.

Dalam kepantasan masa yang berlalu sekarang, banyak kita mendengar kes2 penyakit baru yg melanda. Salah satu H1N1 yang sangat ditakuti dari semua lapisan masyarakat kerana penyakit itu boleh membawa maut jika tidak dikawal.

Baru-baru ni faris demam tapi tidak membimbangkan sangat kerana tahap kepanasan masih di tahap yang rendah setelah ibu menguji suhu badan dengan termometer dan masih boleh di hantar ke tadika menjalani pembelajaran seperti biasa. Sesekali faris ada juga beritahu yang dia sejuk bila mana ibu rasa tahap kelajuan kipas pada kadar yg biasa. Alhamdulillah tahap antibodi faris masih kuat untuk menepis segala virus yg boleh membawa demam yg berpanjangan.

Ahad yang lalu semasa FnF memberi sokongan kepada pasukan 3P di Klang, Fatih dengan tiba2 meningkat suhu badan ke tahap panas yang sgt tinggi kerana mata yg berair terus menjadi taik mata kekuningan dan bermakna suhu yg naik mendadak. Kemungkinan berjangkit dengan abang faris yang sebelum ini terkena demam yang tidak begitu teruk. Semalam hari isnin permulaan sekolah bagi minggu kedua Mei 2010, fatih masih dihantar ke tadika kerana suhu badan terkawal dan keadaan diri fatih yg aktif membuatkan ibu rasa tak khuatir untuk sama2 menyambung aktiviti di sekolah. Lain pula bila Selasa tiba, pagi ni 11 Mei 2010 badan fatih kembali panas dan kesayuan ibu melihat keadaan fatih bertambah resah kerana rasanya memang fatih tidak sihat. Tapi kerana anak ini tidak mengenal erti sakit dia nak juga pergi ke sekolah tapi dalam masa yg sama ibu minta ayah memberitahu cikgu bahawasanya, tengahari nanti ibu datang ambil. Setelah ayah pulang dari menghantar FnF ke tadika, rupa2nya smlm cikgu As beritahu suhu badan fatih naik 39.5 darjah dengan tiba2 lepas makan ubat yg diberikan doktor di bawah rumah. Tanpa fikir panjang ibu & ayah terus pergi ke tadika semula mengambil fatih dan terus ke hospital kerana takut dijangkiti penyakit dengan lebih serius.

Walauapapun yang menimpa diri atau keluarga kita haruslah cepat mengambil tindakan kerana apa2pun manusia sentiasa di duga dalam bermacam2 dugaan. Apa yang kita harus lakukan adalah usaha untuk mengatasi semua masalah untuk menjadikan ia dari yang tidak elok kepada yang lebih elok. Kita hanya dapat merancang Allah saja yang menentukan segalanya.

Sunday, May 9, 2010

PESTA SUKAN DI KLANG....

Hari ini 9 Mei 2010, tadika FnF telah berjaya mewakili kawasan Puchong bagi pasukan bola sepak ke Pesta Sukan Pasti Negeri Selangor yang berlangsung di Kompleks Sukan Klang di Taman Sri Andalas.... yang pastinya FnF hanya menjadi penyokong bagi rakan2 yang bertanding dan semangat untuk melihat adalah faktor utama Faris cepat bangun pagi nih...

Ibu pun tak sangka faris boleh bangun secepat itu kerana mlm tadi balik dari rumah mak long pun dah 12.30 tgh malam sbb ayah ada perjumpaan di shah alam. teruja sungguh faris sbb semangat nak naik bas bersama kawan2 menjadi pemangkin dia menjadi seronok. tepat 6.30 pagi ibu pun sms cikgu hasnah bertanya samaada ada lagi kekosongan tempat duduk atau pun tak ada. rezeki faris sgt2 sbb bila cikgu hasnah menyatakan ada kekosongan dan kene datang ke tadika skrg juga. apa lagi ayah dengan berkain pelikat baru balik surau pun bergegas pergi menghantar faris.

Apabila ayah pulang dari menghantar faris, dengan tersenyum ayah memberitahu faris suka sgt2 bila dapat menaiki bas beramai2 dan kebiasaannya dia tak nak pergi kalau ayah dan ibu tak ada, bila fikir balik adalah wajar memberi peluang kepada faris untuk lebih berdikari dan memberi dorongan kepada dia untuk lebih berani.

Di saat kegembiaraan faris tadi, tidak bagi fatih sbb dari semalam badannya panas mcm nak demam tapi ibu dgn kadar yg segera terus menekapkan tuala basah ke kepala fatih dan kene juga lah masuk 1 ubat sumbat untuk cepat meredakan panas badan fatih, kuranglah sikit panasnya malam tadi. tapi sewaktu nak pergi ke klang badan fatih kembali panas mgkin sbb dia tidak memberi tindak balas untuk menentang virus yg datang ke dalam badannya. yang pasti bila setibanya di klang keaktifan fatih tadi kembali dan sedikit sebanyak mengurangkan panas badan yg dialami.

walaubagaimanapun, bila berada di pesta tidak lepas dari FnF untuk membeli permainan yg dijual di tepi2 jalan dan jika tak dibeli ada saja alasan sehinggalah ayah dan ibu terpaksa juga untuk membelikannya. 2 belon berbentuk motor telah di minta oleh FnF dan untuk tidak mahu FnF meregek panjang kerana org yg ramai, ibu terpaksa akur untuk membayarkannya.

Sehingga jam 11.15 pagi bila mana badan fatih kembali panas semula dan mata pun sudah bertaik mata kekuningan, ibu terpaksa meminta diri dahulu dengan cikgu hasnah untuk pulang. tetapi dalam apapun keadaan kita sebagai ibu bapa harus memberi galakan anak2 untuk bersukan supaya mereka dapat beriadah dengan sihat dan memberi semangat kepada pasukan supaya sama2 dapat merasakan ikatan persahabatan itu penting untuk menjadikan pasukan akan terus berjaya.

MAJULAH ANAK2 UNTUK PASUKAN BOLA 3P..... SELAMAT MAJU JAYA...

Thursday, May 6, 2010

Kepala Faris Berdarah Tak Henti2....

Kejadian yang tak di duga berlaku di depan rumah mak long...jam sudah menunjukkan pukul 9 malam, ingat nak settle sedikit kerja ibu yang ingin disudahkan tapi dalam keadaan pening2 lalat faris yang ketika itu ingin menyarung kasut tiba2 terjatuh dek pintu kereta yg tidak rapat... dalam keadaan kelam kabut ayah mendapatkan faris dan ketika itu darah terus mengalir tak henti2... ibu dah ketakutan melihat faris yg terus menangis sekuat hati... maklum lah tak pernah darah keluar sebegitu rupa.... apa lagi cik usu yg ketika itu ada dekat dgn kereta terus menghidupkan enjin kereta dan berlalu menuju klinik yg berdekatan.... faris jgn cakap lah takut yang amat sangat....
Terlintas difikiran faris dah mmg ada di dukungan ayah, tgk2 fatih terdiam dan terkedu bila mana melihat abang yg menangis dgn darah yg banyak mengalir di tangan... nasib baik kain busuk fatih ada, dapatlah jadikan penyelamat abang... di tekap dgn kain dalam 10 min darah beransur pulih dan meninggalkan lubang kecil dikepala....sambil menunggu doktor yg bertugas, faris sempat bertanya pada ayah " ayah kita tak mati kan ayah"... lantas ibu menjawap " tak faris, sikit jer tu... tahan sikit... org lelaki mesti kuat kalau tak nanti tak boleh besar".... faris diam sambil terus termenung...
Setelah mendapatkan rawatan hati ibu & ayah beransur lega kerana tidak begitu teruk luka faris ... tapi yg nyata hero2ku mmg lelaki yg tabah kerana berani menahan walaupun ayah & ibu sebenarnya berada di dalam keadaan takut juga sbb melihat darah yang tidak berhenti....
Ternyata kedua2 FnF telah pun merasa di mana kebocoran kepala berlaku di usia yg kecil... tapi kehebatan faris tak setanding fatih yg telah pun mendapatkan jahitan 3 jarum di kepala kerana keadaan yg sama pada usia 1 tahun ... hehe sungguh aktif dan tidak dapat dikawal rapi setelah kedua2 kaki berada di tanah....
Walaubagaimanapun, ibu akan terus memberi anak2 ibu semangat untuk menjadi anak yang soleh, kuat dan menjadi insan yg berguna... Insyaallah... Amin...