Tentang kami

Tentang kami

Thursday, April 8, 2010

KAMU LAH SEGALANYA BAGIKU... 3F....


KEBAHAGIAAN IBU SELAMANYA... 2F....


MUHAMMAD FARIS ZAQWAN...


cahaya mata penyambung kasih sayang dalam rumahtangga....

MUHAMMAD FARIS ZAQWAN & MUHAMMAD FATIH ZIYAD.....

inilah 2 nama anak2 yang selalu membuat ibu gembira tatkala hati mencari ketenangan selepas seharian penat bekerja. tawa dan tangis mereka seperti pengubat yang tidak boleh di nilai dengan apa2. pernah juga terdetik hati ini berkata kadang2 dengan kemarahan lah boleh melepaskan geram dan segala terbuku di hati tetapi bila di fikirkan sedalamnya ia adalah satu perasaan yang sangat buruk kerana segala apa yang kita lakukan akan menjadi bahan rujukan untuk anak2 ikuti...

berbalik pada anak2ku yang selalu mencuit hati, faris dari sejak azalinya seorang yang sgt peka. mana tidaknya ada satu masa di sebuah stesen petronas berdekatan rumah sementara kami, di melihat seorang uncle yang mana ada sedikit kekurangan di bahagian matanya. ketika itu ayah yg membawa dan tak terlintas faris akan mengeluarkan kata2 sebegitu... lalu faris pun berkata tatkala selepas uncle tu keluar dari pintu petronas " ayah.. ayah.. kenapa mata uncle tu mcm tu"... subhanallah.. ayah terpaksa menebalkan muka untuk cepat2 membayar dan segera keluar dari petronas... apabila masuk kereta ayah pun berkata..."lain kali faris jgn cakap mcm tu tau, tak elok.. sian uncle tu, mata dia juling"... dengan ikhlas faris pun menjawab.. " ooo ye ehh ayah, okay".... tapi apa lah yg dapat difikirkan anak2 seusianya. apabila satu hari di stesen petronas di cyberjaya bersama ibu plak ketika itu, setibanya di situ dapatlah parking kereta betul2 depan pintu masuk petronas. ketika ibu baru nak matikan enjin kereta, tiba2 faris berkata "ibu...ibu... perut dia ada baby eehhh"... haha nak tergelak pun ada dalam hati ni, mana tak nya org yang ditanya tu adalah seorang lelaki iran yang mempunyai perut yang buncit melepasi tahap yg mendukacitakan..... waduh2 anak ini, nasib baik tak keluar kereta lagi.... lantas ibu pun cepat2 memberi ulasan...menerangkan bahawasanya hanya org perempuan shj boleh ada baby, kalau org lelaki tu dia lebih makan sbb tu dia ada perut buncit..... hahahaha...

itulah faris yang mana tidak boleh melihat sesuatu yang pelik dan akan terus bertanya mengapa,kenapa,macam mana dan berbagai2 persoalan yang harus ibu dan ayah menambah ilmu dan berhati2 dengan jawapan yang nak diberikan.

MUHAMMAD FATIH ZIYAD...


08 APRIL 2010.. GENAP 3 TAHUN MUHAMMAD FATIH ZIYAD..

hari ini genap usia anakandaku yg bernama Muhammmad Fatih Ziyad, yg mana dahulunya seorang yg terlalu manja dan susah nak berdikari sbb dia lah yg termuda sekali. kalau nama fatih mesti tak boleh renggang dgn ayah. susu ayah buat, mandi nak ngan ayah segalanya ayah sahaja yg kene lakukan untuknya. itulah fatih ziyad yang dahulu.

bermulanya pagi 08/04/10 ini dengan gembira kerana mlm tadi ayah,ibu dan abang telah memberi ucapann padanya...dan tidak ketinggalan sedikit cenderahati buat kawan2 di tadika berserta kek dan kuih untuk diraikan bersama di sana.

fatih dengan segan silu hanya memberi senyuman bila mana cikgu2 menyedari hari istimewanya, semoga MUHAMMAD FATIH ZIYAD akan menjadi anak yang soleh.

semoga dapat lah ibu melihat fatih menjadi seorang yang berjaya satu masa nanti. dan ibu akan sentiasa mendoakan anak2 ibu supaya sentiasa berdiri di landasan yang benar...... aammiinn...

Wednesday, July 22, 2009

Birthday Boy 29/6/08 - Ke 4 Tahun

Lama rasanya tak mengulas kisah anak-anakku ini...
Cepatnya masa berlalu... dah nak masuk bulan Ogos. Tapi yang nak dikongsikan cerita ni pasal faris lah sewaktu hari lahirnya ke 4 pada 29/4/09 yg lalu...
Ibu lah orang yang sibuk bungkus membungkus untuk di bawa ke taska.... kebiasaan lah kalau ada hari jadi sesiapa pun... ikhlas di hati buat suka-suka pada anak-anak yang lain...
Kisah yang kelakar ni pasal Faris pada malamnya ayah tanya " Faris..Faris nak hadiah apa..." dengan selamba jer muka Faris pun jawab.."Kita nak baby perempuan...kita tak nak lelaki..."
tergelak ayah ko... tak tau nak jawab apa....
Nama pun anak-anak, kadang-kadang kita kene menerangkan dengan jelas sesuatu perkara supaya dia mendapat gambaran yang jelas mengenai apa yang di tanya...
Faris...Faris... Boleh jawapan itu yang terkeluar.... Hehehehe