Tentang kami

Tentang kami

Wednesday, May 20, 2009

16 MAY.... HARI GURU DI SCHOOL FnF....

dekat 2 minggu tak buka blog ni banyak pula nak diceritakan.sempena hari guru pada 16 may 2009 yang lepas, pihak taska FnF mengkehendaki semua anak2 memakai pakaian kemeja bagi lelaki dan kurung bagi perempuan. nak dijadikan cerita pagi jumaat tu FnF bangun lah tido jam 7.15 pagi dan ketika itu ibu dah siapkan baju kemeja masing2 yang telah di gosok dan tersusun rapi di atas sofa, entah kenapa agaknya angin si faris pada pagi tu dia pun baling baju tu ke lantai...(angin kus2 dah datang)...hehehee.. kiranya memberontak lah tak mahu pakai baju kemeja tu. Fatih pula steady jer dengan gahnya siap dengan pakaian yang kemas dan macho. bila di pujuk2 dan ada ketika tangan ibu pun seringan angin kena lah piat sekali... (mengejar masa nak ke tempat kerja lagi)...heehehee... akhirnya kemeja siap di pakai oleh Faris..

waktu itu ayah membawa FnF dulu ke taska sbb ibu terpaksa bersiap lambat angkara angin Faris yang tiba2....bertukar.....(mcm ultraman pula)....bila tibanya di taska ibu nak menghantar beg FnF dan sedikit juadah terlihat lah Fatih dengan gembiranya ketawa bersama kawan2 yang lain, tapi berlainan pula Faris waktu tu duduk diam di atas kerusi macam malu2 kucing...(rupa2nya cikgu nya kata dia malu)....(kadang2 bila di lihat jiwa anak2 ni sungguh halus kan)....kadang2 tak boleh di tegur dan kadang2 bila kita cakap tu pantas saja di buat....hehehehe... (macam tu agaknya kita dulu....hhehehehe).

waktu petang semasa mengambil FnF di taska, perasaan ceria tergambar di raut wajah FnF (terutama Faris sbb dah pandai bercakap). rupa2nya tadi Faris buat persembahan menyanyi untuk cikgu2nya, dan dapat sebungkus makanan (terdapat coklat,gula dan sumi)....kira kalau upah untuk anak2 mmg itu lah yang paling senang untuk mengembirakan mereka...perasaan gembira itu di kongsi bersama ibu dan ayah yang terus melayan sehingga mata pun terlelap....

SEKIAN....

Thursday, May 7, 2009

8 MAY 2009... HARI INI ADALAH HARI IBU...




SELAMAT HARI IBU KEPADA EMBAH WEDOK DAN NENEK..... TIDAK LUPA PADA SEMUA KAUM IBU YANG ADA.... SEMOGA AKAN MENJADI SEORANG WANITA YANG LEBIH TABAH DALAM MENEMPOH HARI2 BERSAMA ANAK-ANAK YANG KIAN MEMBESAR..... AMIN

Embah Lanang & Embah Wedok FnF di Perak......

tiba masa kalau nak balik perak Faris akan selalu bertanya...(nak balik umah embah ke ibu....nak balik umah embah ke ayah..). kegembiraan tergambar pada wajah FnF apabila melihat embah di depan muka pintu .....yg best lagi fatih akan ikut apa jua abangnya buat walaupun stunt agak mengerikan....(mesti ultraman lah aksinya...).kalau di perak pula embah lanang & wedok mesra dan selalu berbual terutama pada faris sbb adik cuma tahu ikut ayat yg belakang je.... tapi macam tak percaya pun ada sbb faris ni petah bercakap bila balik ke perak... tapi bila di kaji semula sbb utama adalah makcik2 di perak semua perempuan yang suka melayan dan bertanya... dan pernah sekali ketika embah wedok tengah menghirup kuah di dalam pinggan, si faris boleh berkata...(embah makan elok2....)... apa lagi tergelak besar semua org yg ada di meja makan...(kebiasaan kita kalau nak menghabiskan kuah di dalam pinggan mesti lah menghirup)...tapi bak kata pepatah anak2 ni umpama kain putih...kita ibu bapa yang mesti mencorak dan mewarnanya supaya kain itu boleh kita gunakan sampai bila2...... SEMOGA ANAK2KU MENJADI ANAK YANG SOLEH.... AMIN....

Atuk & Nenek FnF di Batu Pahat.......

Ni adalah gambar atuk dan nenek FnF... kalau balik ke kg batu pahat atuk nenek lah yg FnF cari.... kebiasaannya nenek lah yang paling asyik melayan FnF sebab atuk sibuk sikit dengan kerja di kampung, tapi kalau atuk balik je mesti FnF dapat habuan....(tak lain tak bukan jajan lah).... atuk suka membeli sesuatu yang boleh di makan untuk cucu yang pulang ke kampung..... namanya atuk nenek mesti ngan cucu manja dan sayang tu lain....hehehe....tapi hakikatnya kasih sayang kunci perpaduan sejagat.......itulah salah satu amalan yang harus ada dalam sesebuah keluarga supaya anak2 tahu yang kedua ibu bapa tidak mengabaikan kasih sayang yang mesti dipupuk...


Kenang-kenangan sebelum pulang ke ibu kota.......dengan keletihan dan keseronokan






tapi yang bestnya sempat lagi si faris menggayakan ultraman dari sampai hinggalah balik....huh teruja ngan idolanya.....moga2 menjadi anak2 yang soleh......amin

FnF Terbang sambil menunggang....



Kegembiraan yang tak dapat digambarkan FnF bila dapat naik ultraman....

Keriangan bersama jam Ben 10 dan Bunga Bungaan........