Tentang kami

Tentang kami

Thursday, May 7, 2009

Kenangan bersama atuk nenek & cik usu






sebelum ke melaka teringat kenangan FnF bercuti ke Cameron bersama atuk & nenek serta cik usu..seronoknya tak terhingga, padahal baru je bercuti ngan embah lanang & wedok serta bukde,cik endok,cik aya dan cik awal ke cameron juga..
menyewa di sebuah rumah apartment dan kali ni dapat tingkat 1, larat lah nak turun naik melihat kerenah anak-anak berlari......satu kebebasan rasanya kalau dapat pergi bercuti menghirup udara yang tak dapat dinikmati di kota yang penuh dgn pencemaran dan gangguan yang tak menyenangkan...menikmati alam flora & fauna yang masih menghijau dan berbunyi dengan asyiknya....
oh ya berbalik ke FnF yang tak sabar untuk meneruskan destinasi yang selalu nya tak dapat dilakukan di taska...hehehe..
pertama sekali FnF mengajak atuk nenek & cik usu membeli belah ke kedai bunga bungaan dan cenderahati... tapi yang bestnya FnF tak hairan semua tu sbb yang penting tempat tu ada permainan... tup..tup ada lah ultraman cosmos ke dyna ke daia ke ibu pun tak pasti....tak dapat bayangkan mcm mana ultraman dgn namanya tu tapi faris mempunyai pemikiran yg baik dapat membezakan ultraman2 semua.... hehehe... anak2 lah katakan peka pada animasinya.
setelah penat meronda ke kedai apek2 nyonya2 dan aci2 FnF diajak pergi ke rumah anak sedara nenek... tiba kat situ terjumpa kembar faris plak....hehehe muka seiras... tapi lahir tahun sama dan bulan yg sama gak.... gaknya dah sedara ada lah imbasannya....dapat lah makan malam di rumah pakcik rozi pada malam tu..... dah letih sgt semua pulang dgn mata yang berat yg mana sorang bantal pasti tak ingat dah dunia....(hakikatnya semua dah solat dulu sebelum turu....tido).

keesokan paginya FnF dah awal pagi bangun...nenek dan cik usu kepenatan...lepas solat subuh turu semula dgn kain telekung nya sekali...apa lagi ibu ngan ayah jadi mangsa sbb tak sabar FnF nak keluar rumah.menghirup udara segar yang sejuk namun kerana sesekali je dapat bercuti jadi kene manfaat lah masa tu... jalan selagi tak habis singgah...dalam pada tu mencari lah sarapan yang ada di situ...jalan punya jalan dapat lah roti canai ngan nasi lomak... huh... sedap gak roti canai nya... lembut...sejuk2 lapar yang amat lah.... sarapan lah FnF bersama atuk nenek....

setelah semua bersiap mandi pagi pukul 10.00 pagi semua mula berjalan ke destinasi yang belum habis meneroka... iaitu mardi...di situ mmg banyak sgt bunga bungaan yang amat cantik,segar dan kembang bagai belon yang di pam....hehehehe.... biasa lah dekat taman kita bergambar lah sampai abis....sempat lah membeli cenderahati sikit dan teh2 yg fresh untuk di hadiahkan untuk keluarga yang lain.....buat pengambaran mmg best tu... cantik,indah,terpesona dengan keindahan taman bunga yang sedang mekar.....

dah penat bergambar sana sini sambil mendaki FnF pun nak beredarlah dari tanah cameron untuk pulang ke rumah seri kembangan... tapi sempat solat zohor di tempat istirehat sambil meminum teh yang di bancuh dari teh yg fresh.....huh... mmg lazat tak terkata.... FnF tak lain tak bukan usha permainan je dari semalam.... dapat pow cik usu kereta mainan... nak tak nak ayah ibu terpaksa membelikan jam Ben 10 unt hadiah dari cameron.....

setelah selesai semua perjalanan diteruskan sehingga sampai di ibu kota kuala lumpur dan seterusnya pulang ke rumah mak long sebelum atuk nenek & cik usu balik ke kg batu pahat pada keesokan harinya.....FnF pun memang terus tak menyador sampai ke pagi......Turu setelah menikmati satu percutian yang sgt memberi impak paling maksima dalam diri.....

SEKIAN....

Wednesday, May 6, 2009

ape yang penting?...kerjasamaa











ye ayat di atas adalah petikan lirik sebuah lagu dari siti animasi yg cukup popular pada masa ini iaitu WONDERPETS..hee.. dekat 3 bulan tak update blog ni..sepanjang 3 bulan macam bende Faris n Fatih lalui...Daripada demam panas yg merisaukan, ke Fatih dah pandai cakap skit2...sampai lah dua orang ni dah pandai gaduh sesama sendiri. Sibbaik abang mengalah..tapi kadang2 balas jugak bile dah hot. Keterujaan Faris ke atas watak otromen amat tinggi sekali sehingga kadang kala..eh bukan setiap kali di rumah akan membayangkan dirinya adalah watak otromen dgn gaya silat2 pulutnya dan gaya fire...ada skit gamba yg diambil ketika pergi jalan2 ke Melaka...

Monday, February 23, 2009

Faris dan ibu plak demam

Lepas Fatih kene demam dan mencret aritu, ibu ngan Faris lak kene demam. Semlm mase kt Taska akak taska bgtau suhu badan Faris dah tinggi. Overheat. Tapi sibbaik cikgu2 di situ bijak, gi simbah/mandikan Faris trus agar suhu menurun. Ibu lak malam sebelumnya mengigil kesejukan. Mungkin sebb faktor cuaca yg kejap panas pastu hujan. Mlm td gak dedua dihantar ke klinik panel Azzahrah yang mempunyai petugas-petugas wanita yg mampu menyembuhkan penyakit secara otometik. . Alhamdulillah tak serius mane. So arini Fatih je pegi skool. Ibu dapat MC faris masih panas badannya. Fatih sampai skool terpinga2 carik abang dia. Biasa pegi dgn abangya tapi hari ni jd hans solo.

Monday, January 19, 2009

Tak sihat

Ari Rabu lepas Fatih dibawa ke klinik Azzahrah, Bangi atas sebab kesihatan yakni demam serta kembung perut. Bilamana lepas minum susu je ,muntah balik. Dapat pakej demam,cirit birit,muntah..Riso je kene demam denggi/chikunyuay..Si Adam dah kene denggi tp dah kuar hospital..... Semlm Fatih pon pegi lagi Azzahrah tu. Kali ni sebb batuk yg agak berat. Demam dah kebah, kembung dah ok..batuk plak..Sian btol..Yang batuk ni plak aku riso takut kene jangkitan paru-paru. Tapi doktor cakap paru-paru dia ok..mcm mane dia tau ok pon aku tatau sebb dia cek luaran je..isk..kalau tak baik jugak mggu ni aku nk bawak ke hospital la..suh x ray..Adik...adik...ada je la ko ni..sabar je la

Thursday, December 25, 2008

bertukar..

"bertukarrr!!!!.."








jeng..jeng..."fire bzzzzzz..bzzz"








Sunday, December 14, 2008

Jalan-jalan ke Cameron Highland

ocha, faris, adam


ladang teh


ibu n fatih, faris n adam



jalan ke Cameron mcm Bukit Akina


Sempena cuti Hari Raya Aidiladha lepas, FnF telah balik ke kampung di Bagan Dato. Selain sambut raya, mmg dah plan nk gi Cameron Highland ramei2 dgn kuarga pak Oni, MbokDe, Embah, Cik Aya, Cik Awal, n cik Endok. Pagi Selasa sume dah siap2 Embah masak rendang nk bawak ke Cameron dgn karipap utk di mkn ketika dlm kereta. FnF siap awal dah mmg teruja nk pegi dan teruja nk naik keter baru Vios Cik aya. Bertolak jam 9.30 pagi. Ada 2 jln nk ke Cameron 1 lalu Tapah dan 1 lalu Sipang Pulai. Laluan dari Simpang Pulai lebih selesa dan jln yg lebo. Sampai atas dlm jam 1.00 Kol2 owner apartment yg nk sewa, pastu dia bawak ke apartment. Lawatan dimulakan dgn pergi ke tmpt strawberry n orkid. Mmg lawa2 orkid kt situ. Strawberry pon ranum2 je geram je nk peti...apsal strawberry takleh tanam kt Seri Kembangan ek..?

Wednesday, October 8, 2008

dah gi skool balik





sob..sob..hari ni adalah hari raya ke lapan (Rabu 8/10/08)..Faris dah start g skool sejak hari Isnin lepas..sibbiak ta meragam pagi2...bese kalau dah cuti lama liat skit nk bangun n g skool..Fatih mcm biasa dia bangun dulu dari abangnya main keter menan..




Seminggu cuti beraya banyak kenangan terindah dicipta Faris..dia jadik hero kt umah embah memandangkan sepupu2 ramai perempuan..Fatih plak leh teraccident kene tolak ngan abangnya luka kt kening,sibbaik tak kene mata..kejadian berlaku pada petang akhir Ramadhan..bengkak mcm kene tumbuk...adehh siannyer la..




Petang raya ke dua dah balik umah kt SK tido semlm sebelum esok pagi bertolak ke Batu Pahat. Alhamdulillah Viva takde masalah..perjalanan lancar cume pemandu je mengantuk..benti 2-3 kali kt RnR. Kat Batu Pahat jadual amat ketat, beraya di umah sedara mara ibu. Sempat gak gi Jb umah embah Dol Khaliq kt Ulu Tiram ari sabtu..Ahad lepas Maghrib tolak balik ke SK..sampai umah kol 2 pagi..akibat berenti2 dia setiap RnR ngantuk kekenyangan..hehe